• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Didakwa Rasuah, Gubah Wang Haram RM1.28j

oleh AK-47
29/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1.28 juta.

Bagaimanapun, Khalid, 56, yang berpakaian kemeja-t berwarna hitam dan berseluar hitam, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di hadapan hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Tertuduh menghadapi 13 pertuduhan rasuah menerima wang tunai berjumlah RM196,200 dengan nilai tertinggi RM41,200 di Batu Berendam dan pejabat JKR Melaka, Jalan Taming Sari, di sini, dalam tempoh antara Mac 2014 hingga Ogos tahun ini.

Daripada pertuduhan itu, lapan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lima lagi pertuduhan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Khalid turut menghadapi tiga pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram bernilai lebih RM1.08 juta, iaitu memiliki wang RM206,396.16 dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2; RM506,735.92 dalam akaun Tabung Haji dan wang tunai RM375,200.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib menawarkan wang jaminan RM500,000 bagi pertuduhan rasuah dan RM500,000 bagi pertuduhan pengubahan wang haram dengan seorang penjamin serta pasport diserah pihak mahkamah.

Peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Khalid, memohon jaminan ditetapkan pada kadar minima kerana semua aset anak guamnya itu dibekukan dan tertuduh tidak pernah gagal hadir ke pejabat SPRM ketika siasatan dilakukan.

Meor Sulaiman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi pertuduhan rasuah dan RM150,000 untuk pertuduhan pengubahan wang haram dengan seorang penjamin.

Beliau turut mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta tertuduh melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 November depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh membayar wang jaminan tersebut. – BERNAMA

Tags: Gubah Wang HaramJKRrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd