• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Buat Solat Hajat, Selepas Kejadian Letupan Bom

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT – Kira-kira 500 umat Islam setempat mengadakan solat hajat memohon kedamaian dan kesejahteraan di wilayah bergolak selatan
Thailand, sehari selepas kejadian letupan bom di sebuah sekolah di sini semalam.

Dalam kejadian pada 8.30 pagi di hadapan Sekolah Taba, Takbai semalam itu, bom yang diletakkan dalam motosikal mengorbankan tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia empat tahun. Solat hajat itu dipimpin oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Safei Che Lah dan turut disaksikan oleh Gabenor Narathiwat Sithicai Sakda serta pegawai kerajaan yang lain.

Sejurus selepas menunaikan solat hajat itu, umat Islam berkenaan dan penduduk lain berarak di jalan sambil membawa sepanduk yang membawa mesej agar segala bentuk keganasan terhadap kanak-kanak dihentikan. Mereka juga mengutuk dalang yang melakukan keganasan semalam.

Sementara itu, Sithicai menghulurkan bantuan kewangan sebanyak 500,000 Baht (RM60,000) kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian semalam itu.

“Kami merasa amat sedih dengan kejadian semalam dan akan membantu mangsa,” katanya.

Dalam kejadian semalam, Matyen Wokbah yang dalam perjalanan menghantar anaknya, Mitra ke sekolah maut terkena letupan bom motosikal itu, manakala mangsa ketiga meninggal dunia hospital akibat kecederaan.

Difahamkan, Allahyarham Matyen sebelum ini bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat stesen televisyen Saluran 3 di Bangkok tetapi terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga anak perempuannya itu dan seorang anak lelaki.

Sebanyak tujuh orang, empat daripadanya anggota polis turut tercedera dalam kejadian itu. -MYNEWSHUB.CC

Tags: serangan bomsolatThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd