• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda UMNO Batal Lapor Polis Isu 2 Taikun Guling PM

oleh
27/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sama ada memang betul wujud atau sekadar dengar cakap, tindakan ‘dramatik’ Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah nyata ada sesuatu tidak kena!

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun mencetuskan sensasi apabila cuba mendedahkan ada empat Tan Sri yang merancang konsprasi jahat menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang mesra disebut Azwan Bro telah membuat laporan polis sebelum Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan siasatan mendapati ia sekadar maklumat dengar cakap dan kes berprofil tinggi itu pun ditutup.

Kali ini Armand pula mahu menjadi wira namun ‘klimaks drama’ terbaharu itu berakhir tiba-tiba apabila beliau memaklumkan tidak pula meneruskan tindakan laporan polis sebagai mana dirancang hari ini atas sebab tertentu.

Ramai wartawan geleng kepala dan tidak kurang sinis menyindir Armand sengaja berlakon drama untuk mencari publisiti politik setelah gagal dimainkan dengan baik oleh Azwan Bro sehingga menjejaskan imej Pemuda UMNO.

Mungkin beliau mengambil iktibar daripada penarikan balik saman oleh bekas ahli UMNO Langkawi, Ainina Saaduddin ke atas Najib selain Matthias Chang dan Husam Musa dalam isu 1MDB di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Bayangkan, betapa malu Ainina, Chang dan Husam apabila terpaksa ‘tebal muka’ gugurkan tuntutan sivil sehingga teruk dikritik banyak pihak termasuk penyokong mereka walhal sebelum itu kecoh macam dunia hendak kiamat.

Bagaimanapun berbeza dengan Armand apabila menjelaskan, beliau terpaksa membatalkan hasrat membuat laporan polis setelah menyemak dokumen yang diperoleh dan berbincang dengan sumber-sumber boleh dipercayai.

Hasilnya, beliau mengakui masih gagal menemui asas kuat dalam mengaitkan konspirasi dua individu berprofil tinggi yang dikatakan sebagai ‘penaja’ kewangan dan dalang dalam komplot mengulingkan Najib kebelakangan ini.

Armand terdahulu heboh menerusi media sosial konon akan buat laporan polis terhadap anak seorang jutawan dan proksi sebuah gergasi korporat didakwa terlibat gerakan jahat itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Sebaliknya pagi Selasa, beliau hanya buat sidang media memaklumkan perkembangan terkini isu tersebut sekali gus gagal menyaingi kehebatan Raja Repot Polis, Abdul Rani Kulup yang terkenal dengan tagline Kipidap Dongibap!

“Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen diberikan tempoh hari didapati ia tidak sahih dan saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan laporan polis terhadap dua individu yang diperkatakan itu.

“Saya juga ingin menegaskan kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu urus tadbir dan kepimpinan negara melalui cara yang tidak demokrasi, baik melalui demostrasi jalanan mahupun politik kebencian.

“Secara tegas saya tidak teragak-agak meminta pihak polis untuk segera mengambil tindakan tegas mengunakan undang-undang negara. Ingatlah bahawa UMNO berpegang kepada konsep Demokrasi Berperlembagaan.

“Hari ini saya ingin menegaskan secara terbuka dan rasmi, saya berdiri teguh bersama UMNO dan pucuk pimpinan UMNO yang diketuai oleh Najib tanpa berbelah bahagi,” ujarnya ketika ditemui di luar balai polis berkenaan.

Dalam masa yang sama, Armand turut menawarkan kepada pihak luar termasuk media tempatan dan asing yang mempunyai bukti mahupun dokumen berkaitan gerakan mengulingkan kerajaan ataupun Perdana Menteri.

“Ada bukti, boleh serahkan kepada saya. Kita akan semak dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika dokumen atau bukti tersebut mempunyai asas-asas yang kukuh,” ujarnya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ainina Saaduddinhusam musaMatthias Chang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Selangor Rasmi Pusat Jagaan Warga Emas

Next Post

Krisis PKR Sabah… Ramai Keluar Sertai Parti Shafie

Related Posts

Amanah Kelantan: Husam Langgar Perlembagaan Parti

17/05/2022
0

Amanah Kelantan menegaskan tindakan Ketua Amanah Kota Bharu, Husam Musa mengkritik gerak kerja parti adalah bercanggah dengan perlembagaan parti, kata...

Husam Cadang Muhyiddin TPM Berganding Dengan Anwar

12/07/2019
0

SHAH ALAM - Gandingan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai kombinasi...

Next Post

Krisis PKR Sabah... Ramai Keluar Sertai Parti Shafie

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd