• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong AS Nyaris Dirogol Di Krabi

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang pelancong warga Amerika Syarikat (AS) dirawat di hospital akibat patah tulang belakang selepas terjatuh dari tebing bukit ketika cuba melarikan diri dari seorang lelaki yang cuba merogolnya.

Polis berkata, Hannah Gavios, 23, diserang pada 1 September lalu ketika melancong di Krabi, selatan Thailand.

Hannah memberitahu polis, seorang lelaki tempatan menawarkan diri menghantarnya pulang ke hotel selepas dia sesat pada waktu malam.

Bagaimanapun, lelaki itu membawanya ke satu kawasan terpencil dan cuba merogolnya.

“Saya melawan dan menggigit telinga lelaki itu sebelum berlari menyelamatkan diri, tetapi terjatuh di tebing bukit setinggi 45 meter,” katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh bergerak kerana patah tulang belakang dan lelaki itu terus mencabulnya walaupun dia terbaring kesakitan.

Lelaki itu menemani Hannah sepanjang malam sebelum pasukan penyelamat datang menyelamatkannya keesokan harinya.

Jurucakap polis Krabi, Attapong Sanjaiwut berkata, suspek ditahan tidak lama selepas kejadian dan bakal didakwa tidak lama lagi.

Menurutnya, polis bakal mengambil keterangan mangsa sebelum wanita itu dibenarkan pulang ke negara asalnya. – Agensi/myMetro Online

Tags: PelancongThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd