• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kolej Mengaku Bersalah, Anggota Al-Qaeda

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di Malaysia, mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al-Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan itu.

Mohamad Hidayat Azman, 20, pelajar kolej di Kaherah, Mesir, menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes itu ditetapkan untuk perbicaraan hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober untuk sebutan semula kes selepas peguam Faizal Rahman yang mewakili Mohamad Hidayat memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu bagi membolehkan laporan sosial anak guamnya dikemukakan kerana ketika kejadian dia berumur 18 tahun.

Mohamad Hidayat didakwa menjadi anggota kumpulan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada awal September 2014, tertuduh telah menyambung pengajian di Markas Lisan Salam di Kaherah, Mesir setelah mengikuti perkembangan di Syria melalui laman sosial Facebook, yang telah menaikkan semangat jihadnya.

Tertuduh telah menghubungi seorang rakyat Syria yang dikenali melalui Facebook untuk mengetahui cara memasuki Syria dan meminta bantuan seorang rakyat Indonesia di Mesir untuk membelikannya tiket penerbangan ke Hatay, Turki, bagi memasuki Syria.

Ketika berada di Kem Ajnad As Syam di Hama, Syria, tertuduh telah menjalani latihan fizikal, latihan ketenteraan seperti membuka dan memasang senjata api jenis AK 47 serta latihan menunggang kuda.

Selepas dua minggu di Hama, tertuduh telah berhijrah ke Idlip, Syria, untuk mengikuti kumpulan Jund Al-Aqsa di bawah payungan al-Qaeda dan menjalani latihan fizikal dan ketenteraan termasuk menjaga sempadan di kawasan tawanan selain turut mempelajari cara menggunakan senjata anti kereta kebal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Munirah Shamsudin @Baharum. – BERNAMA

Tags: Al-Qaeda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ayman Al-Zawahiri Mati Ditembak Peluru Berpandu ‘Pisau’

Ayman Al-Zawahiri Mati Ditembak Peluru Berpandu ‘Pisau’

02/08/2022
0

KABUL – Pemimpin Al-Qaeda dan dalang serangan Pusat Dagangan Dunia New York pada September 2001 (9/11), Ayman al-Zawahiri disahkan terbunuh...

AS Bunuh Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Di Yaman

07/02/2020
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membunuh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Qasim al-Rimi dalam satu operasi memerangi keganasan, memetik Rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd