• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Kian Berselera Buru Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kehadiran semula penyerang utama, Guilherme De Paula bakal memberi semangat tambahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila mengharungi aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang Kedah nanti.

Ini diakui ketua jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus yang percaya penampilan semula De Paula yang digantung perlawanan akibat kad merah, akan mengukuhkan kembali jentera penggempur mereka dalam buruan mencari tiket ke final kejohanan berprestij itu.

“Kehadiran semula De Paula akan membantu semula jentera serangan untuk mencuba nasib menjadi juara Piala Malaysia musim ini.

“Namun apa yang penting adalah memperkukuhkan semua jentera kami,” katanya kepada pemberita selepas aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.

PDRM tewas 0-1 kepada Kelantan hasil jaringan kapten The Red Warriors Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-35, sekali gus menjadikan agregat 2-2.

Namun PDRM mara ke separuh akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas menang 2-1 dalam aksi suku akhir pertama.

Mengulas lanjut, Mohd Fauzi berkata perlawanan itu bukan sesuatu yang mudah walaupun pasukan kendaliannya telah mendahului dari segi agregat, lebih-lebih lagi apabila terpaksa berdepan asakan hebat pasukan Kelantan dan kegagalan pasukannya menjaringkan gol pada aksi itu.

“Kami hanya pasukan underdog dan kejayaan mara ke separuh akhir sememangnya tidak dijangka. Ini ditambah dengan begitu banyak peluang yang kami lepaskan untuk menghasilkan gol,” katanya.

Sementara itu, kapten PDRM Muhammad Safuwan Baharudin berkata kejayaan pasukannya ke separuh akhir Piala Malaysia merupakan sejarah yang dicipta hasil usaha keras dan komitmen semua pemain.

Pemain import dari Singapura itu berkata ia akan menjadi motivasi kepada semua pemain untuk terus berjuang merebut Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, pengurus pasukan Kelantan, Wan Badri Wan Omar berkata anak buahnya telah mempamerkan aksi terbaik walaupun kehilangan khidmat pemain pertahanan Nik Shahrul Azim dan Jonathan McKain.

“Ini adalah satu-satunya peluang untuk kami dapat piala tahun ini tetapi rezeki tidak menyebelahi kami. Memang hampa tetapi kelebihan PDRM iaitu jaringan di tempat lawan menyebelahi mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: PDRMPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd