• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Dalam Bocor Info Ops Keselamatan Perairan Sabah

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya maklumat berhubung operasi pasukan keselamatan di perairan Sabah dibocorkan melalui ‘orang dalam’.

Beliau berkata perkara itu menyebabkan pasukan keselamatan sukar mengawal perairan yang luas sehingga berlaku kes-kes penculikan khususnya di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Masalahnya sebab ada maklumat melalui orang dalaman, jadi bila dia ada maklumat, dia (penculik) tahu bila pasukan keselamatan tidak ada di sesuatu tempat dan ketika.

“Masa itulah mereka akan bertindak dan mustahil bagi kita untuk menempatkan aset dan anggota kita pada setiap tempat dan setiap masa… tidak ada mana negara pun mampu melakukan perkara itu hatta negara maju sekalipun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.

Najib berkata beliau akan mengemukakan cadangan tindakan-tindakan baharu yang boleh diambil pihak keselamatan dalam mengawal perairan negara.

“Saya akan mengemukakan (cadangan) kepada mereka sebab rakyat Sabah tidak boleh terima kalau berlaku penculikan secara berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya kemasukan penduduk negara jiran akibat operasi ketenteraan di Selatan Filipina, Perdana Menteri berkata kerajaan akan memantau perkara itu.

“Kita akan pantau namun tiada kemasukan secara besar-besaran setakat ini, tetapi kita akan memantau keadaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd