• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli, Pembalak ‘Berebut’ Tanah Adat

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kawasan pembalakan di dalam hutan dekat sini menjadi ‘rebutan’ antara masyarakat orang asli dengan syarikat pembalakan.

Orang asli mendakwa sebidang tanah yang terletak antara Pos Tohoi dan Pos Simpor, kira-kira pemanduan selama dua jam 30 minit dari bandar Gua Musang adalah tanah nenek moyang mereka.

Pembalak pula mendakwa mereka diberikan konsesi untuk menebang balak di kawasan tersebut.

Pada Rabu, berlaku konfrontasi ganas antara masyarakat orang asli dan kakitangan syarikat pembalakan tersebut dengan tiga orang asli ‘ditahan’ lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.

Mereka dibebaskan sebaik sahaja menyedari tiada anggota polis beruniform atau kenderaan polis di lokasi berdekatan.

Peguam dan juga aktivis orang asli, Siti Kasim yang bertemu dengan sekumpulan orang asli tersebut awal pagi Khamis ketika mereka pergi ke Balai Polis Daerah Gua Musang untuk membuat laporan polis, berkata masyarakat itu akan meneruskan perjuangan mereka.

“Mereka beritahu saya, sebelum mereka meninggalkan kawasan itu, mereka sudah mengarahkan anak-anak muda untuk membina semula sekatan.

“Mereka tetap akan terus membina sekatan itu,” katanya.

Masyarakat orang asli itu mendakwa kawasan tersebut adalah sebahagian daripada tanah adat mereka dan terkejut dengan tahap penebangan balak di hutan berkenaan.

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak mendapatkan maklumat daripada orang asli, justeru mereka menolak rancang meratakan hutan itu dan melakukan penanaman semula di kawasan itu dengan tanaman pokok getah.

“Apabila mereka membangunkan kawasan itu, mereka memusnahkan segala-galanya di dalam hutan tersebut,” kata Pengerusi Jaringan Kampung Orang AsliKelantan (JKOAK), Azmi Badul.

Syarikat pembalakan bagaimanapun memberitahu mereka mendapatkan lesen secara sah daripada Jabatan Perhutanan Kelantan.

Dengan kedua-dua pihak mempertahankan hak masing-masing, situasi semakin tegang dan keadaan boleh menjadi lebih rumit. – The Star/mStar Online

Tags: Orang AsliPembalakanTanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd