• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops BAH: 57 Individu Ditahan

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat remaja merupakan antara 44 individu yang ditahan dalam operasi bersepadu Banteras Aktiviti Haram (BAH) siri ke-27 di sekitar ibu negara, bermula tengah malam tadi hingga awal pagi ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan berkata kesemua ditahan dalam operasi yang melibatkan beberapa agensi selama lima jam bermula 11 malam di lokasi tumpuan iaitu di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan hotel bajet.

“Seramai 24 individu daripada jumlah terbabit didapati positif dadah, mereka terdiri daripada 20 lelaki dan empat perempuan yang berumur lingkungan 13 hingga 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau yang mengetuai operasi berkenaan berkata selain itu, 13 orang turut ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas kesalahan berkhalwat, manakala Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyita dua premis perjudian haram dengan nilai rampasan kira-kira RM68,000.

“Kami akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa agar kegiatan haram ini dapat dibendung. Malah kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain akan diperkukuh dalam menjalankan operasi ini.

“Sebelum ini, aktiviti penagihan dadah dijalankan di rumah-rumah kosong dan kawasan gelap, sekarang kami perlu beri tumpuan di PPR kerana kediaman mereka telah dijadikan sebagai pusat dadah,” katanya.

Menurutnya, 300 anggota penguat kuasa daripada 25 agensi, serta badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam operasi berkenaan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan. – BERNAMA

Tags: DBKLOps BAH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd