• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Aziz Tidak Akan Sertai PAN Jika Masih Hidup

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesiapa yang mempercayai kononnya Allahyarham Nik Abdul Aiz Nik Mat akan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) sekiranya masih hidup ibarat melahap bangkai fitnah yang busuk dan menjengkelkan.

Anak Nik Abdul Aziz yang kini memegang jawatan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh berkata, mereka yang mempercayai dakwaan oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa itu juga ibarat memfitnah diri sendiri.

Beliau sebaliknya menjelaskan, Nik Abdul Aiz dipenghujung hayatnya pernah berpesan kepada seluruh ahli PAS supaya memberi wala dan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama PAS.

Justeru, katanya, beliau terpaksa menjawab dakwaan yang dibuat oleh Husam itu bagi pihak keluarganya kerana fitnah berkenaan jika tidak dibendung boleh menyebabkan mereka yang tidak berdosa turut berdosa sama.

“Saya diminta untuk menjawab, sekurang-kurangnya bagi pihak keluarga, atau sebaik-baiknya atas nama Ketua Pemuda PAS Malaysia, perihal dakwaan oleh seorang bekas pemimpin PAS yang dipecat bahawa jika Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih ada, maka dia akan memilih untuk masuk PAN.

“Saya, keluarga, ahli jamaah masjid Pulau Melaka, apatah rakan-rakan pimpinan PAS di Kelantan dan diluar yang lama bersama ayahanda melihat kemarahan dan ketidakpuasan hatinya terhadap tindakan-tindakan mengkritik Majlis Syura Ulama dan presiden PAS oleh pimpinan PAS yang hari ini berkumpul di dalam PAN dan membedil PAS dengan bantuan DAP sesudah kalah membedil PAS daripada dalam.

“Kerana tindak tanduk sesetengah pimpinan termasuk Husam yang bersifat ‘memberontak’ itulah yang mendorong ayah secara berterus terang menuntut ahli PAS memberi wala kepada Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama PAS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Husam selepas menyertai PAN dalam siri ceramahnya mendakwa kononnya bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz akan mengikuti jejak langkahnya menyertai PAN sekiranya masih hidup kerana PAS sudah berubah haluan.

Nik Abduh dalam pada itu mengingatkan, ayahnya tetap istiqamah bersama PAS dari muda sehingga ke akhir hayatnya walaupun parti itu pernah beberapa kali dilanda krisis.

Justeru, katanya, hujah kononnya Nik Abdul Aziz akan menyertai PAN dsebabkan krisis terbaru melanda PAS seolah-olah memperlecehkan perjuangan ayahnya selama ini.

Malah, beliau mengingatkan bahawa ayahnya menolak kewujudan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dan serangan-serangan dalaman oleh beberapa pimpinan PAS semasa penghujung hayatnya.

“Adakah anda ingin memperlecehkan persaksian nyata itu dengan senjata fitnah yang membunuh kebenaran dan hakikat?” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik AbduhPAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kaji Semula Fasiliti Awam, Perkhidmatan Bagi Warga Tua

Next Post

Kali Pertama Ke Laos, Obama Minum Air Kelapa Muda

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

Next Post

Kali Pertama Ke Laos, Obama Minum Air Kelapa Muda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd