Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Mayat Warga Singapura Ditemukan...

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki warga Singapura ditemukan di tepi sebuah rumah...

Rangkaian Operasi Risikan Pyongyang...

KUALA LUMPUR - Ketika kerajaan Malaysia dan Korea Utara cuba menyelesaikan isu ketegangan...

Salleh Gesa Pengundi Keluar...

KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini...

Laporan Tahunan AirAsia X...

KUALA LUMPUR - Laporan Tahunan AirAsia X Bhd. 2016 memenangi kategori Terbaik Malaysia...

Nazim Othman, Bella Dally Sah Bergelar Suami Isteri

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti, Nazim Othman dan Bella Dally yang telah pun selamat bergelar suami isteri.

Pasangan ini diijabkabulkan dengan sekali lafaz oleh Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 9.53 pagi tadi.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 32, memberi tujuh dulung hantaran dan mas kahwin berjumlah RM300, berbalas sembilan dulung dari pihak pengantin perempuan.

بسم الله الرحمن الرحيم

A photo posted by nazimothman (@nazimothman) on

Pasangan sama cantik sama padan ini mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini Creation.

Majlis pernikahan Nazim dan Bella dilangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.


Majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan berlangsung pada tengah hari ini.

Manakala, majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Nazim dan Bella mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu tanpa pengetahuan media. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori