Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Berus Babi Dipulang Kepada...

KUALA LUMPUR - Berus cat daripada bulu babi yang dirampas akan dikembalikan kepada...

Tiada Pakatan Tumbangkan PAS...

GUA MUSANG : Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui tiada usaha...

Kecoh Bila Kenderaan Didakwa...

ISKANDAR PUTERI - Berlaku sedikit kekecohan di luar pusat penjumlahan rasmi undi Parlimen...

Calon Suami Fara Fauzana,...

BELUM pun reda berita pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana membatalkan perkahwinan pada...

Najib Tiba Di Laos Menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN

VIENTIANE – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Isnin untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.

Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay di sini pada kira-kira 3.10 petang (4.10 petang waktu Malaysia).

Ketibaan mereka disambut oleh, antara lain, Duta Besar Malaysia di Laos Datuk Than Tai Hing, Menteri Luar Laos Saleumxay Kommasith dan Menteri Tenaga dan Perlombongan Laos Dr Khammany Inthirah.

Program Najib bermula esok dengan menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29.

Ini merupakan Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan selepas pewujudan Komuniti ASEAN pada 31 Dis, 2015, dan selepas ‘ASEAN 2025: Maju Bersama (Visi ASEAN 2025)’ diterima pakai, kedua-duanya dimuktamadkan semasa Malaysia menjadi pengerusi perkumpulan itu.

Laos memecahkan tradisi apabila memutuskan untuk mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-28 dan ke-29, secara berturut-turut pada tahun ini tidak seperti sebelumnya, dan di Malaysia pada tahun lepas, satu sidang kemuncak diadakan pada April dan satu lagi pada November.


Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia, dalam kenyataan, berkata Najib juga dijangka mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari negara anggota ASEAN dan rakan dialog di luar sidang kemuncak berkenaan.

Pada sidang kemuncak itu, para pemimpin juga akan mengeluarkan Kenyataan Bersama Pemimpin mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Satu kenyataan akan dikeluarkan untuk menunjukkan komitmen ASEAN dalam memastikan rundingan-rundingan RCEP dimuktamadkan dengan cepat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori