• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Diberi Sambutan Penuh Kehormatan Tentera Di Jerman

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN (Jerman) – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan penghormatan penuh ketenteraan oleh gabungan pasukan pertahanan Jerman pada upacara sambutan rasmi sempena lawatannya ke negara ini di Federal Chancellery di sini pada Selasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, tiba di ibu negara Jerman pada Isnin untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Canselor Angela Merkel.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Jerman sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Semasa sambutan itu, Perdana menteri diiringi antara lain Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datuk Zulkifli Adnan.

Upacara 15 minit itu disusuli mesyuarat dua hala dengan Merkel, yang antara lain bagi membincangkan isu seperti perdagangan dan pelaburan dan juga berhubung isu keganasan antarabangsa, masalah pelarian Syria dan Laut China Selatan.

Adalah difahamkan, Merkel juga ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), yang merupakan inisiatif bagi menggalakkan kesederhanaan dan menolak segala bentuk ekstremisme.

GMM yang merupakan idea Najib, telah mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada para pemimpin dunia dan juga pertubuhan antara kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Jerman, dengan jumlah penduduk 80.6 juta merupakan ekonomi keempat terbesar dunia. Negara ini juga merupakan pelabur terbesar di Malaysia dari negara-negara Kesatuan Eropah.

Firma Jerman terkenal, yang sudahpun mempunyai kedudukan yang kukuh sejak beberapa dekad termasuk Volkswagen, BMW, BASF, Osram, Mercedes, Audi, Deutsche Bank, Siemens AG, Bosch dan Infineon. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd