• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Berhak Untuk Saman Dr. Ling Liong Sik – Peguam

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak berhak untuk menyaman bekas presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib berkata ini adalah kerana anak guamnya memfailkan saman itu terhadap Dr Ling atas kapasiti peribadi dan bukan atas kapasitinya sebagai perdana menteri.

“Sekiranya plaintif (Najib) memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi, beliau akan diwakili oleh Peguam Negara dan bukannya saya,” kata peguam itu kepada pemberita selepas berhujah dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang turut dihadiri peguam Ranjit Singh mewakili Dr. Ling.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Dr Ling bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan perdana menteri itu terhadapnya atas dakwaan Dr Ling mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Najib yang disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal berita, pada 3 Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Ranjit berkata beliau berhujah bahawa Najib tidak berhak untuk menyaman Dr. Ling atas alasan saman itu difailkan atas kapasitinya sebagai perdana menteri bukan atas kapasiti peribadi.

“Plaintif (Najib) tidak mempunyai locus standi yang diperlukan untuk memulakan prosiding bagi kenyataan berbaur fitnah yang berkaitan dengan plaintif dalam kedudukannya sebagai perdana menteri,” kata Ranjit sambil menambah Dr. Ling telah memohon untuk membatalkan saman Najib atas alasan ia adalah penyalahgunaan proses mahkamah.

Ranjit berkata mahkamah menetapkan November ini untuk keputusan itu. Namun tiada tarikh spesifik ditetapkan oleh mahkamah.

Pada 27 Oktober tahun lepas, Najib memfailkan saman terhadap Dr. Ling antara lain memohon satu perintah supaya bekas Menteri Pengangkutan itu (Dr. Ling) menyiarkan kenyataan maaf dalam akhbar atau majalah yang ditentukan Najib dalam format dan syarat yang ditetapkan beliau.

Najib dalam pernyataan tuntutannya juga memohon perintah bagi menghalang Dr. Ling atau kakitangannya atau ejen daripada terus mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah atau sebarang perkataan fitnah terhadap beliau.

Turut dipohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib juga mendakwa Dr. Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Oktober 2015.

Katanya, perkataan-perkataan yang diterbitkan dalam artikel itu antara lain membawa maksud beliau telah menggelapkan dana awam ke dalam akaun peribadi beliau, dan bahawa beliau telah menyalah guna dana syarikat pelaburan milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan dan keuntungan peribadi beliau serta beliau tidak kompeten atau layak menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri Malaysia. – BERNAMA

Tags: Dr LingNajib Tun RazakPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd