• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Mahu Dewan Bandaraya, PBT Perangi Zika

oleh Ahmad Albab
04/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melancarkan gotong-royong besar-besaran berikutan kes virus Zika pertama yang dikesan di Sabah.

Beliau berkata PBT berkaitan perlu meningkatkan langkah untuk memastikan kawasan di bawah kuasa pentadbiran mereka, bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Musa turut menggesa wakil rakyat dan pemimpin masyarakat untuk lebih proaktif menjalankan kempen kesedaran mengenai penyakit berkaitan nyamuk serta menyertai aktiviti gotong-royong untuk memastikan kawasan mereka bebas daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk.

“Perkara ini (virus zika) tidak boleh dipandang ringan. Kita semua perlu memainkan peranan dan memastikan agar persekitaran kita bersih dan rumah kita tidak membiak nyamuk yang menyebarkan penyakit seperti denggi dan virus Zika,” katanya satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mahu PBT untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap mereka yang degil untuk membersihkan kawasan persekitaran, terutamanya tapak pembinaan yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk.Semalam Kementerian Kesihatan mengesahkan menerima laporan mengenai kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di negara ini.

Pesakit adalah seorang lelaki berumur 61 tahun berbangsa Dusun yang menetap di Taman Public Jaya, Likas, Sabah.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan pesakit berkenaan telah meninggal dunia pada 5.30 petang semalam akibat komplikasi masalah jantung yang dihadapinya.

Katanya, lelaki berkenaan juga mengalami komorbiditi seperti tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, karang ginjal dan gout.

Pada Khamis, kementerian itu mengesahkan seorang wanita berusia 58 tahun yang tinggal di Bandar Botanic, Klang, Selangor, positif jangkitan virus Zika seminggu selepas kembali dari Singapura pada 21 Ogos. – BERNAMA

Tags: Musa Amanvirus zika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd