• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AL-FATIHAH: Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din Meninggal Dunia

oleh AK-47
17/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din, 76, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) selepas dilaporkan menghidap masalah jantung.

Berita ini dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi satu status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

“Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima dari anggota keluarga bahawa Tuan Guru Dato’ Dr. Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.

“Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A’lamin,

“Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.

“Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Al Marhum Tuan Guru dan pastinya ia adalah satu kehilangan besar buat PAS khasnya dan seluruh ummat Islam amnya,” tulisnya.

Awal pagi tadi, media melaporkan Haron berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada tahun 2012, Haron pernah menjalani pembedahan pintasan jantung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Haron Din
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Sambut Baik Anugerah Maal Hijrah Buat Haron Din

03/10/2016
0

KUALA LUMPUR - PAS menyambut baik penganugerahan khas Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah Tahun 1438 oleh kerajaan Persekutuan kepada...

Anugerah Khas Maal Hijrah Kepada Allahyarham Haron Din

03/10/2016
0

SERDANG: Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Anugerah Khas Maal Hijrah manakala bekas Ketua Hakim Negara Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd