• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Tahun Satu Dikhuatiri Lemas

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang murid perempuan tahun satu Sekolah Kebangsaan Durian Mas II, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam tali air, petang tadi.

Mangsa Siti Nor Auni Sufiya Mohd Rosli, 7, dipercayai jatuh pada kedalaman kira-kira satu meter berdekatan rumahnya di Taman Setia, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, dekat sini.

Rakan mangsa Nor Fazliyana Mohd Faizal, 8, berkata ketika kejadian Siti Nor Auni Sufiya sedang bermain-main dengannya di tepi tali air tersebut dalam keadaan hujan lebat.

“Saya tengok dia (Siti Nor Auni Sufiya) cuba nak ambil seliparnya yang jatuh ke dalam tali air itu, tapi tiba-tiba dia jatuh…saya cuba nak tolong dia, tapi tak dapat.

“Bila tengok dia jatuh, saya terus berlari beritahu orang yang ada di sekitar kawasan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Jaswari Awang berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6.18 petang, dan sembilan pegawai serta anggota dikerahkan untuk menjalankan misi pencarian.

“Kita menjalankan pencarian di sekitar longkang, parit dan anak sungai di kawasan sekitar.

“Mangsa dikhuatiri dihanyutkan arus deras kerana sewaktu kejadian hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku limpahan air parit dan longkang,” katanya. – BERNAMA

Tags: budak sekolahlemasmurid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd