Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Melaka Tubuh Pusat Penyelidikan...

DURIAN TUNGGAL: Kerajaan negeri menubuhkan Pusat Kajian Tuah (TRC) di Universiti Melaka (UNIMEL)...

Ringgit Dibuka Rendah Rendah...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi ini, susut...

Kantoi LGE Tipu Kos...

BONGKAR... Seluruh negara malah dunia semalam gempar apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng...

Betul Ke Proton Nak...

Menurut sebuah laporan, Proton sedang merancang untuk mendirikan sebuah kilang kereta di Bangladesh...

Minta Polis Siasat Surat Pelantikan Palsu Sultan Perak

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir hari in meminta polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran surat mengenai pengisytiharan pelantikan Kesultanan Melayu Perak ke-36 palsu.

Zambry berkata perkara itu amat serius kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu cuba mencemarkan nama Pejabat Menteri Besar.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis berhubung perkara itu untuk pihak polis menjalankan siasatan dan mengesan individu yang terbabit,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di sini.

Zambry berkata Pejabat Menteri Besar menerima surat palsu itu yang difotostat dan menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar.

Katanya surat itu juga memaklumkan kononnya Zambry mengisytiharkan individu yang tidak dikenali iaitu Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak ke-36.

“Surat itu dihantar begitu sahaja dan tidak tahu daripada siapa,” katanya.


Menurutnya pihak yang tidak bertanggungjawab itu memberi surat yang telah difotostat bukan menerusi faks atau sebagainya bagi mengelak dirinya dikesan.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak yang telah diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 18 April lalu akan dilancarkan 4 Okt depan.

Dengan adanya lembaga itu, semua agensi dan jabatan berkaitan perumahan dapat disatukan di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan kawalan serta pemantauan pembinaan rumah khususnya bagi golongan kurang berkemampuan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori