Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kostum Spider-Man Untuk Kanak-Kanak...

SEPASANG suami isteri mendakwa sehelai kostum watak adiwira Spider-Man yang baharu sahaja dibeli...

Mat Sabu Merajuk –...

KUALA SELANGOR - Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini memutuskan untuk...

Doktor Kontrak: Saya Tak...

PARLIMEN l Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai...

Kampung Puyu, Satun Dipercayai...

SATUN (THAILAND) - Kampung Puyu atau lebih dikenali sebagai Kampung Puju dalam kalangan...

Saran Semua Masjid Adakan Solat Jenazah Ghaib – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – “Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, negara kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa bakti kepada agama dan negara.”

Itu kata-kata yang terkandung dalam perutusan takziah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke atas pemergian Murysyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din, 76, hari ini.

Katanya, beliau menyeru seluruh umat Islam di Malaysia mengadakan solat jenazah ghaib sebaik sahaja mendapat maklum bahawa urusan-urusan berkaitan jenazah Allahyarham disempurnakan di Amerika Syarikat (AS).

“Saya juga menyarankan kepada semua masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua masjid serta surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya melaksanakan Solat Jenazah Ghaib,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jamil Khir turut berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dengan ujian tersebut.

“Saya doakan agar roh Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan bertaqwa di sisi Ilahi. Al-fatihah,” katanya.


Murysidul Am PAS disahkan kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Stanford, San Francisco, AS selepas dilaporkan menghidap masalah jantung.

Berita itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi satu status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori