• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memandu Mabuk, Pelajar Kolej Didenda RM1,800

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol seorang pelajar sebuah kolej swasta didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Danial Abdul Majid, 21, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Jalan Hang Tuah, di sini, pada 4 pagi tadi.

Mahkamah juga membatalkan lesen memandu percubaannya. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan serta lesen percubaan dibatalkan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Hashimah Hashim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran agar kesalahan sama tidak berulang, memandangkan tertuduh beragama Islam.

Bagaimanapun, Abdul Danial yang tidak diwakili peguam merayu supaya diberikan peluang kedua dengan alasan dia telah insaf atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.

Berdasarkan fakta kes, ketika polis sedang membuat rondaan di Jalan Hang Tuah, di sini, ternampak sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan hasil ujian penafasan yang dijalankan terhadap pemandu kereta itu mendapati kandungan alkohol dalam 100 ml darah adalah sebanyak 107 miligram iaitu melebihi 80 miligram yang dihadkan. – BERNAMA

Tags: mabukpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd