• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Pastikan BN Terus Kukuh Untuk Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Parti MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus memastikan BN terus kekal sebagai sebuah parti yang kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata gandingan kukuh antara semua parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan Gerakan dan parti lain selaras dengan konsesus kesepakatan dan keserasian yang telah lama dipegang dan diamalkan oleh pemimpin dan ahli parti komponen.

“Adalah penting keserasian dalam parti BN diperkukuh dan bagi mana-mana pemimpin BN kita perlu saling memerlukan antara satu sama lain. Sokongan antara kaum Melayu, Cina dan India adalah penting bagi memastikan BN terus kekal.

“Berpandukan prinsip inilah sampai sekarang semangat sokongan antara semua kaum komponen BN terus kukuh dan kalau sikap saling membantu ini diamalkan, ia akan terus membawa berkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA bahagian Jasin di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘perang dingin’ antara anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan anggota jawatankuasa pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker tentang peranan dan sumbangan parti komponen masing-masing terhadap BN.

Mengulas lanjut, Wee berkata setiap parti komponen BN yang kukuh perlu membantu parti komponen lemah memandangkan semua parti komponen adalah di bawah satu keluarga dan ia penting bagi meneruskan agenda yang telah dirancang untuk rakyat dan negara.

Beliau berkata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengadakan pertemuan dengan Mohamed Nazri semalam dan telah berbincang secara panjang lebar serta meluahkan pandangan dan reaksi akar umbi MCA terhadap isu yang diperdebatkan antara Ti dan Mohamed Nazri untuk menghentikan ‘perang dingin’ tersebut.

Sementara itu, Wee berkata MCA sedang giat memperluas jaringan dalam pelbagai aspek bagi menarik lebih ramai pengundi baharu untuk menyertai BN melalui parti komponen berkenaan termasuk menggembleng tenaga di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi untuk memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Beliau berkata selain itu MCA kini dalam proses untuk menubuhkan satu cawangan baharu iaitu cawagan Bemban Height di sini selaras dengan penerimaan baik masyarakat Cina terhadap MCA dan BN terutama dalam kalangan golongan muda di kawasan tersebut.

“Kami telah mengemukakan permohonan anggota baharu pada ibu pejabat MCA dan ia menunjukkan MCA masih lagi mampu menarik minat dalam kalangan orang muda atau yang baharu, untuk menganggotai parti kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNMCAWee Ka Siong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tumpaskan Geng ‘Mat Puling’

Next Post

Lelaki Singapura Ditahan, Edar Dadah Sejak 3 Bulan Lepas

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post

Lelaki Singapura Ditahan, Edar Dadah Sejak 3 Bulan Lepas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd