• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Warga Bangladesh Dijumpai Kesan Terbakar

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mayat lelaki warga Bangladesh dijumpai dengan kesan terbakar pada seluruh badan di Lorong Pantai Kelanang, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt. Zailan Tasir berkata mangsa, Syaiyad Ali bernombor pasport BC0214534, ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan oleh orang awam kira-kira pukul 11.45 malam.

Beliau berkata dua saksi kejadian memberitahu polis mereka terlihat api ketika melalui kawasan berhampiran pesisir pantai berkenaan sebelum menjumpai mayat lelaki itu yang telah terbakar.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan mangsa berumur lingkungan 40-an itu hampir seratus peratus terbakar namun ada kesan luka pada belakang badan dan dahi dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibawa ke kawasan pantai itu untuk dibakar bertujuan untuk memusnahkan bukti,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas, di sini hari ini.

Zailan berkata pemeriksaan lanjut mendapati mangsa memakai cincin pada kedua-dua jari manis. Dompet berisi pasport miliknya selain dua keping wang RM20 dan RM10 dijumpai di dalam poket baju hadapan yang turut terbakar.

Bagaimanapun katanya, satu penutup botol minyak pelincir kenderaan jenama Castrol turut dijumpai berhampiran tempat kejadian dan polis percaya ia adalah daripada bekas bahan yang digunakan suspek untuk membakar mangsa.

Zailan berkata polis sedang menyiasat motif kejadian dan gerakan memburu suspek yang terlibat dalam kes berkenaan sedang giat dijalankan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Tags: Mayatwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd