Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Potong Barisan Suntik Vaksin,...

KOTA BHARU - Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin...

Ibu Empat Anak Untung...

MANCHESTER - Seorang ibu empat anak mampu membelikan hadiah Krismas untuk anaknya tahun...

Selebriti Diminta Tidak Promosi...

SEBERANG PERAI - Golongan selebriti yang mempromosikan kegiatan mengubah suai motosikal Yamaha Y15ZR...

Shuib Nafi ‘Semakin’ Diciplak...

KUALA LUMPUR - Pelawak yang mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu, Shuib menafikan...

Main Diparkir, Tiga Kanak-Kanak Nyaris Maut

MUNGKIN tiada kawasan permainan yang sesuai, tiga kanak-kanak di Shenzhen, China bermain di kawasan tempat letak kereta sehingga nyawa mereka hampir ‘melayang’.

Dalam kejadian pada 17 September lalu, tiga kanak-kanak lelaki berusia di antara lima hingga enam tahun duduk di tengah jalan di kawasan tempat letak kereta sedang bermain sebelum sebuah kereta yang dipandu seorang wanita menggilis ketiga-tiga mereka.

Insiden tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup dan dikongsi netizen di China dalam laman sosial Weibo.

Dalam rakaman tersebut, sebuah kereta bewarna putih melanggar tiga kanak-kanak itu sehingga terperosok ke bawah kereta.

Turut kelihatan tangan seorang daripada kanak-kanak itu digilis tayar kereta sebelum pemandu wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Zeng menghentikan keretanya.

Shanghaiist melaporkan wanita tersebut ditahan di tempat kejadian dan saksi mendapati wanita itu sedang leka bermain telefon semasa memandu.


Bagaimanapun, kesemua kanak-kanak itu terselamat meskipun mengalami kecederaan patah tulang dan luka calar.

Walaupun kejadian tersebut dianggap kecuaian pemandu wanita tersebut tetapi netizen di China turut menyalahkan ibu bapa kerana membiarkan anak mereka bermain di tempat letak kereta.

Netizen menyatakan, ibu bapa harus lebuh bertanggugjawab kerana kejadian tersebut telah merosakkan kehidupan pemandu itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori