Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Kerajaan Berjaya Turun Nisbah...

PUTRAJAYA - Kerajaan berjaya mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan kepada 77.1 peratus berbanding...

“Sekiranya Nik Aziz Masih...

KUALA LUMPUR - DAP mendakwa Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pasti...

Ribut Petir Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Ribut petir di perairan Johor Barat, Rejang, Sarawak, Labuan, Tawau...

‘Saya Bukan ‘Islamist’ Seperti...

KODIANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang...

Mahkamah Pakistan Arah Harta Musharraf Dirampas

ISLAMABAD – Mahkamah Pakistan mengarahkan harta bekas Presiden Pervez Musharraf dirampas selepas bekas pemimpin itu “kerap gagal” hadir dalam kes membabitkan pembunuhan seorang ulama ketika operasi Masjid Lal pada 2007.

Mahkamah Sesyen di Islamabad membicarakan pemimpin berusia 73 itu, yang kini berada di Dubai untuk rawatan perubatan, berhubung pembunuhan Abdul Rasheed Ghazi apabila tentera menyerbu Masjid Lal di pusat bandar raya itu.

Hakim Pervaiz ul Qadir Memon mengarahkan harta Musharraf dirampas mengikut Seksyen 88 Prosedur Kanun Jenayah.

“Mahkamah mengeluarkan arahan merampas hartanya kerana Musharraf kerap gagal hadir dalam kes itu,” kata peguam Tariq Asad yang mewakili ulama berkenaan.

Mahkamah turut menolak rayuan peguam Musharraf, Akhtar Shah, yang berkata disebabkan tentera bertindak sebagai pentadbir awam ketika operasi Masjid Lal, kes jenayah sepatutnya tidak difailkan terhadap mana-mana pegawai tentera.


Musharraf yang menetap di Dubai sejak Mac lalu, tidak pernah hadir di mahkamah walaupun sudah diberi amaran.

Bekas pemerintah tentera itu mengunjungi Dubai untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas Mahkamah Agung menarik balik larangan beliau ke luar negara dan dipercayai Musharraf tidak akan kembali ke Pakistan untuk berhadapan beberapa kes berprofil tinggi terhadapnya. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori