• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Sama Ada Panggil Chegubard Bela Diri 14 Okt

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Oktober untuk keputusan sama ada akan memanggil Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membela diri atas dakwaan berhubung perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, tiga tahun lepas.

Hakim Mohamad Kamil Nizam menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan peguam Haijan Omar yang mewakili Badrul Hisham, 38, atau Chegubard.

Hari ini ditetapkan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan pada akhir kes pendakwaan Badrul Hisham yang juga bekas Ketua PKR cabang Rembau.

Mahkamah akan membuat keputusan sama ada membebaskan atau memanggil Badrul Hisham membela diri atas pertuduhan bahawa sebagai penganjur, dia telah gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program itu dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.

Pada 8 Dis 2015, Badrul Hisham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur di sini pada 5 petang, 25 Mei 2013.

Pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 itu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 5 Jun 2013, Badrul Hisham kali pertama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sama.

Bagaimanapun, pada 4 Ogos 2014, Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan Badrul Hisham selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan. – BERNAMA

Tags: Chegubardkes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

Dakwa Rasuah: Chegubard Direman Dua Hari

29/07/2024
0

Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini membenarkan Badrul Hisham Shaharin diremah selama dua hari bagi membantu siasatan polis terhadap dakwaan rasuah...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd