• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luahan Sedih Ibu Apabila Anak OKU ‘Disindir’ Guru

oleh AK-47
28/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKERJAAN sebagai guru sememangnya merupakan suatu yang sangat mulia. Ini kerana, tugasan mendidik bukanlah merupakan perkara mudah dan pelbagai cabaran pastinya dilalui oleh insan yang bergelar guru.

Di sebalik kemulian yang diperoleh, tersimpan beban berat yang harus dipukul oleh seorang guru untuk membuktikan gelaran tersebut benar-benar layak untuk dimilikinya.

Beban ini bertambah berat sekiranya keperibadian yang tidak profesional dipaparkan oleh seseorang guru, menjadikan golongan pendidik dipandang serong oleh segelintir pihak.

Baru-baru ini, seorang guru telah menunjukkan sikap kurang kasih sayangnya apabila gagal mengawal emosi dengan memerli seorang pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pengguna Facebook Ieza Bentong, meluahkan rasa kecewanya apabila guru berkenaan memerli anaknya yang sakit dengan mengatakan; “ingatkan dah arwah,” akibat lama tidak hadir ke sekolah.

Jom ikuti luahannya:

Luahan Sedih Ibu Apabila Anak OKU ‘Disindir’ Guru

“Saya penat cikgu, baru sampai dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Naik motosikal, berpanas tadi. Dengan sakit kaki lagi,” kata anak saya.

“Saya ingatkan awak dah arwah. Lama tak datang sekolah?” kata cikgu berkenaan.

Wajarkah seorang cikgu berkata begini kepada murid Sekolah Khas OKU? Tugas cikgu hanyalah untuk mendidik dia dan menjaga keselamatan dia di sekolah.

Tetapi cikgu tiada hak untuk berkata seperti itu terhadap anak saya yang hidupnya saya sendiri tidak tahu bila nafas terakhirnya.

Kalau cikgu ada hati dan perasaan, cikgu tidak akan tergamak nak berkata begitu disebabkan anak saya sudah lama tidak hadir ke sekolah.

Cikgu tahu tak betapa perit dan sabarnya hati saya menjaga dia yang sakit sejak berumur enam bulan hingga umurnya sekarang 14 tahun?

Setiap tiga minggu kena masukkan darah dan makan pelbagai jenis ubat-ubatan. Pakai pam cucuk jarum sendiri di perut dia dan perlu pakai pam selama 10 jam setiap hari.

Pada umur 5 tahun dia telah menjalani pembedahan membuang limpa kerana perutnya semakin membesar dan membuncit. Disebabkan itu, dia tidak dapat bermain dengan lasak seperti anak-anak normal yang lain.

Luahan Sedih Ibu Apabila Anak OKU ‘Disindir’ Guru

Cikgu tak pernah tahu dan tidak akan mengambil tahu sebab cikgu hanya makan gaji tanpa merasa apa yang keluarga saya rasa. Cikgu tak pernah nak kisah pun anak saya sakit atau tidak. Cikgu tak tanggung apa yang saya tanggung.

Saya benar-benar menyesal dan sedih bila anak saya menceritakan apa yang berlaku padanya. Dengan nada suara dia yang amat sedih dan terketar-ketar nak marah cikgu. Kalau dia pun rasa sangat kecewa dan terasa hati, inikan pula saya, cikgu?

Cikgu pernah tahu tak apa yang ada dalam hati anak saya? Cikgu pernah merasa apa yang anak saya rasa? Cikgu pernah rasa bila tahu sakit yang dia hidup ini tidak akan sembuh sampai bila-bila?

Cikgu tahu tak perasaan saya bila saudara mara saya yang sakit sama dengan dia telah pergi meninggalkan seorang demi seorang? Cikgu tahu atau tidak betapa bimbang dan takutnya saya menunggu giliran saya dan berharap agar giliran Aiman diberi satu keajaiban dari Allah?

Cikgu tak pernah peduli kan?!

Saya kesal dengan kata-kata cikgu. Saya hormat cikgu sebagai seorang pendidik. Tetapi bila hal ini cikgu main-mainkan, sebab ego seorang guru sedang naik. Maaflah, saya sudah hilang hormat terhadap cikgu.

“Abang tak nak pergi sekolah esok. Abang tak nak bising-bising dengan cikgu itu. Dia cakap ‘arwah’ pada abang,” jelas Aiman.

Cikgu tahu ‘arwah’ itu apa? Terima kasih banyak Cikgu merupakan orang yang ketiga memperlakukan anak saya seperti ini yang jelas sekali melukakan hati dan perasaan anak saya.

Pertama, kawan budak sekolah rendah.

“Eh mak aku cakap orang sakit macam kau ini nanti tak boleh hidup lama.”

Dua bulan anak saya tak nak pergi ke sekolah sebab takut perkataan mati.

Orang kedua adalah anak jiran depan rumah saya. Umurnya sebaya dengan Aiman.

“Siapa nak kawan dengan kau? Dahlah O.K.U, cacat,” katanya.

Orang ketiga adalah cikgu. Anak saya tak minta dilahirkan seperti ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GurumuridOKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tahan Lelaki Hina Institusi Kesultanan Johor

Next Post

Kedudukan Hodak, Bacina Dalam Bahaya

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

Murid 10 Tahun Maut Dipukul Guru Besar Ketika Perhimpunan Sekolah

02/06/2025
0

PESHAWAR: Seorang murid lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh guru besar sekolahnya di hadapan semua murid semasa...

Next Post

Kedudukan Hodak, Bacina Dalam Bahaya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd