• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LRT3: MRCB GK Rujuk JAIS, MPK Berhubung Isu Tanah Perkuburan

oleh AK-47
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – MRCB George Kent (MRCB GK), rakan pelaksana projek jajaran Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3) telah berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan berhubung isu Tanah Perkuburan Islam Simpang Lima, Klang.

Pengarah Projek LRT3, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datin Norlia Noah berkata MRCB GK telah berhubung dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan perbincangan serta penjagaan teliti.

“Berdasarkan nasihat daripada pihak berkuasa, satu notis telah diletakkan untuk mendapatkan butir-butir saudara-mara dan waris mereka bagi kubur-kubur tersebut. Ini bertujuan menjalankan bancian dalam membuat pertimbangan mengenai kaedah pembinaan bagi jajaran di kawasan ini.

“Semua urusan dan penglibatan bersama waris dan saudara-mara akan dilakukan dengan sewajarnya dan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan dalam melaksanakan kerja-kerja ini. Ini adalah untuk memastikan bahawa penjagaan dan penghormatan diberikan dalam dan semasa kerja-kerja pelaksanaan ini dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 18 Sept lepas, kira-kira 100 waris mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan itu meminta jajaran projek LRT3 dialihkan kerana didakwa merentasi kawasan kubur itu.

Dakwa kumpulan waris itu lagi, rentasan itu dilihat menyentuh sensitiviti penduduk berikutan ia akan menyebabkan 200 kubur di tanah perkuburan yang telah wujud kira-kira 100 tahun lepas terpaksa dialihkan. Laluan jajaran LRT3 akan bermula dari Taman Eng Ann, melalui Jalan Meru, stesen bas Klang Jalan Batu 3, Jalan Pasar, Jambatan Kota, persimpangan Simpang Lima dan berakhir di Johan Setia (berhadapan Bandar Parklands) dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020.

Projek itu merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Nasional Pengangkutan Awam Darat ke arah pembangunan sistem pengangkutan awam darat yang cekap, berkesan, bersepadu dan mampan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat. – BERNAMA

Tags: Kumpulan Prasarana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

CEO MRT, CFO MAB Disebut Bakal Ganti Bellew

18/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Spekulasi mula berputar mengenai siapa yang bakal mengambil alih syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) berikutan berita...

RM250 Juta Naik Taraf Pencawang LRT Laluan Kelana Jaya

15/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperuntukkan RM250 juta bagi menaik taraf pencawang tenaga elektrik laluan LRT Kelana Jaya serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd