• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Longkang Tersumbat Punca Banjir Di Bagan Serai

oleh Ahmad Albab
22/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Longkang yang tidak dibersih dan tersumbat dikenal pasti sebagai punca banjir kilat berlaku di Kampung Depan Balai di sini apabila setiap kali berlaku hujan lebat dan yang terbaharu semasa fenomena air pasang besar.

Anggota Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya telah meminta Majlis Daerah Kerian serta Jabatan Pengairan dan Saliran membersihkan longkang di kampung berkenaan untuk mengelak masalah sama daripada berulang.

Beliau berkata langkah membersihkan longkang dan membaiki semula sistem perparitan perlu disegerakan untuk memastikan 350 penduduk di situ tidak mengalami kesulitan.

“Difahamkan parit di kampung ini tidak diselenggara sejak 20 tahun lalu dan ia ditumbuhi rumput serta dipenuhi sampah sarap yang menyebabkan pengaliran air tersekat selepas hujan,” katanya kepada pemberita semasa melawat kampung itu di sini semalam.

Tambahnya air yang bertakung juga boleh menyebabkan kes denggi kepada penduduk.

Seorang penduduk Azizon Mohd Noor, 50, meminta pihak berwajib supaya menaik taraf sistem perparitan di kampung itu memandangkan ia turut digunakan beberapa taman perumahan berhampiran.

“Keadaan pintu air automatik tidak berfungsi dengan efisien menyebabkan air dari longkang tidak dapat disalur keluar ke Sungai Kurau dengan pantas.

“Perkara ini sudah dimaklumkan kepada pelbagai pihak dan kami berharap tindakan pantas diambil demi kepentingan dan keselamatan penduduk setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir kilatPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd