• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Cerai, Idea Buat Lagu Datang Mencurah – Cat Farish

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEK kerana jiwa kacau yang dialami selepas bercerai, rapper terkenal Cat Farish mengakui, ideanya untuk menghasilkan lagu datang mencurah-curah.

Selepas kembali hidup solo sejak empat bulan lalu, Cat telah menghasilkan lapan lagu berkaitan diri dan kehidupannya.

Bagi Cat atau nama sebenarnya Farish Zaquan, 42, lagu yang dihasilkan itu adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan.

“Saya rasa orang seni pasti faham mengenai hal ini. Karya kita akan jadi lebih sedap dan penuh jiwa apabila si pengkarya itu sedang hidup susah, tidak kiralah dalam apa situasi pun.

“Sejak bercerai, hidup saya tidak tentu arah. Idea pula datang mencurah-curah. Justeru, macam-macam lagu saya hasilkan ketika itu dan semuanya dihasilkan dengan penuh jiwa.

“Sudah lama saya juga saya tidak menghasilkan lagu yang memuaskan hati sendiri, sejak The Fabulous Cats tak lagi aktif,” katanya kepada BH Online.

Antara lagu baharu yang dihasilkan adalah berjudul 122345. Lagu itu dikatakan berkisar mengenai dirinya.

Lepas Cerai, Idea Buat Lagu Datang Mencurah - Cat Farish

Cat dan bekas isterinya, Hartiny Ramly, 33, mengambil keputusan berpisah setelah sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Terdahulu, Cat juga akui, sikapnya yang mementingkan kerjaya menjadi punca penceraian mereka.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Cat Farishcerai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd