• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Syria Miliki Bom Tangan Belum Disahkan – Polis

oleh Ahmad Albab
15/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Polis hari ini menafikan lelaki warga Syria bersama keluarganya yang menginap di sebuah hotel di Port Dickson memiliki bom tangan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Adzli Abu Shah berkata perkara itu setakat ini belum dapat disahkan sehingga lelaki itu berjaya dikesan.

“Berdasarkan kenyataan yang telah kita ambil daripada pekerja hotel berkenaan, ketika lelaki (Syria) itu membuat pendaftaran keluar, dia (pekerja) telah diarahkan melakukan pemeriksaan rutin di dalam bilik ketika pelanggan membuat pendaftaran keluar.

“Ketika itulah dia ternampak sebuah beg di bawah katil dan apabila dibuka ternampak barang menyerupai bom tangan.

“Dalam masa sama, lelaki (Syria) itu naik semula ke bilik hotelnya untuk mengambil beg tersebut. Dia bukan tinggalkan beg itu di bawah katil dan barang di dalam beg itu yang dikatakan bom tangan juga belum dapat kita pastikan lagi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan lelaki Syria berusia 30-an bersama keluarganya yang menginap di sebuah bilik hotel berkenaan, merupakan pemilik bom tangan yang ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah katil.

Adzli berkata setakat ini, pihaknya percaya lelaki itu dan keluarganya masih berada di dalam negara dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang dilakukan.

“Kalau kita dapat kesan lelaki berkenaan kita akan minta dia tunjukkan barang tersebut kalau dia kata ia bukan bom tangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bom tanganpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd