Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kes Aliff Aziz: Adik...

NAMPAKNYA kontroversi melibatkan Aliff Aziz, isteri Bella Astillah dan pelakon baharu, Afifah Nasir...

Lawatan: Era Baharu Hubungan...

KUALA LUMPUR - Lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al...

Tun M Kecewa Kurang...

PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan kekecewaan di blognya tentang kurangnya...

PPM Rampas Rokok Seludup...

KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga merampas pelbagai jenis rokok seludup...

Lelaki Sesat Lebih 10 Jam Di Bukit Tok Kun Ditemui Selamat

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki sesat lebih 10 jam ketika mendaki Bukit Tok Kun, di sini selepas tersasar dari laluan serta gagal mencari jalan untuk turun petang semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shahir Samsudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.13 malam memaklumkan mangsa, Chua Lee Heng, 58, sesat di atas bukit itu.

“Anak lelakinya memaklumkan bapanya telah naik ke bukit itu kira-kira pukul 5.30 petang semalam. Mangsa yang biasa mendaki laluan di bukit itu turut bertindak menghantar lokasi kedudukannya melalui GPS,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihak bomba kemudiannya menghubungi mangsa melalui talian telefon bimbit dan mendapati beliau dalam keadaan selamat.

“Kami melancarkan operasi dengan membunyikan siren jentera dan menyalakan lampu supaya mangsa dapat mencari jalan untuk turun bagaimanapun lelaki itu gagal untuk cari jalan turun dari bukit tersebut,” katanya.

Operasi diteruskan dengan mencari mangsa di lereng-lereng bukit sehingga ke puncak dengan bantuan beberapa pendaki yang selalu mendaki di bukit berkenaan, katanya.


Mohamad Shahir berkata mangsa akhirnya ditemui oleh pendaki dalam keadaan selamat pada pukul 4.56 pagi dan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan, namun berada dalam keadaan kepenatan.

Sementara itu, Chua yang ditemui berkata beliau tidak menyedari bagaimana dia boleh tersasar dari laluan asal dan hanya sedar selepas gagal untuk turun serta keadaan semakin gelap.

“Saya terus hubungi anak untuk beritahu yang saya sesat dan pada masa yang sama cuba mencari jalan untuk turun, tetapi masih gagal. Kejadian ini tidak akan melunturkan semangat saya untuk terus mendaki pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori