• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Kahwini Ibu Dan Anak Sekali Gus…..

oleh Ahmad Albab
23/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga tunggang terbalik. Itu gelaran yang tepat untuk seorang lelaki Shailesh Dalbot, 60, yang bukan sahaja mengahwini ibu saudaranya malah turut berkahwin dengan anak wanita berkenaan, sebagai sebahagian daripada tradisi puak Mandi yang menetap di kawasan pergunungan di Bangladesh.

Shailesh, baru berusia 15 tahun apabila dia terpaksa berkahwin dengan ibu saudaranya, Shormi Nokrek, yang ketika itu berusia 45 tahun selepas wanita terbabit kematian suami.

Mengikut adat Mandi, seseorang balu itu perlu berkahwin dengan keluarga mendiang suaminya dan satu-satunya lelaki bujang ketika itu ialah Shailesh.

Bagi mengelakkan Shailesh curang kepada isterinya itu, dia turut berkahwin dengan anak Shormi iaitu Jelita yang pada masa itu baru berusia tujuh tahun.

Namun Shailesh dan Jelita hanya melakukan seks selepas Jelita berusia 17 tahun dan kini mereka mempunyai empat orang anak.

Lelaki Kahwini Ibu Dan Anak Sekali Gus.....

Sementara dengan Shormi pula, Shailesh menjalani kehidupan suami isteri dengan wanita berkenaan selama 10 tahun, namun mereka tidak mempunyai anak.

“Saya tidak begitu mengingati perkahwinan itu kerana ia berlaku pada 1971 namun tiba-tiba kami diumumkan sebagai suami isteri dan majlis berakhir. Ibu saudara saya kemudiannya menjadi isteri saya.

“Kami sudah biasa dengan tradisi ini dan saya tidak melihatnya sebagai pelik, ia normal pada kami. Ia juga mempunyai alasan yang baik kerana dapat menyelamatkan keturunan kami selain menjadikan hubungan kami kukuh,’’ katanya yang menghormati Shormi sebagai orang yang lebih tua daripadanya.

Sementara itu, Jelita yang kini sudah berusia 52 tahun, dilihat sebagai ketua keluarga.

“Saya dapati saya telah berkahwin ketika masih muda dan saya ok dengannya. Saya tahu dia lelaki yang baik dan kami mengikut adat. Kami amat gembira dengan apa yang berlaku.

“Saya dan ibu saya sebenarnya tidak berkongsi suami. Shailesh tidak lagi bersama ibu saya selepas dia mendapat saya. Itulah tradisi kami dan kami tiada pilihan,’’ kata Jelita.

Bagi puak Mandi, kebiasaannya kaum wanita akan memilih suami mereka dan mengikut adat, wanita akan menjadi ketua keluarga dengan semua harta akan jatuh kepada anak perempuan.

Ramai puak Mandi yang berkahwin dengan ibu dan anak demi memastikan harta keluarga mereka tidak jatuh ke tangan pihak lain. - MYNEWSHUB.CC

Tags: kahwin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak Sakit Baring Atas Lantai Di Lapangan Terbang

Next Post

Rawatan Rapi Terhadap Lelaki Berat Badan 250kg

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

Next Post

Rawatan Rapi Terhadap Lelaki Berat Badan 250kg

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd