• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Kaum Cina Akan Sertai Askar Wataniah

oleh Ahmad Albab
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Ditubuhkan pada 1 Jun 1958, pasukan Askar Wataniah telah berkembang dan mempunyai kekuatan anggota melebihi 60,000 orang dalam membantu negara menghadapi ancaman keselamatan selain cabaran ekonomi, politik dan sosial.

Pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan untuk menarik minat orang ramai menyertai pasukan itu termasuk mewujudkan pasukan Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen dan meningkatkan elaun untuk anggotanya.

Namun penglibatan orang Cina dalam pasukan keselamatan itu dilihat masih terhad berbanding orang Melayu yang mendominasi pasukan berkenaan.

Pelbagai mekanisme dilaksanakan oleh pihak berwajib bagi menarik minat lebih ramai golongan itu menceburkan diri dalam pasukan berkenaan.

KURANG PENGETAHUAN

Ketua anggota askar wataniah Cina di Perak, Mejar (Kehormat) Choi Kok Wai berkata punca kaum Cina kurang melibatkan diri dalam pasukan itu adalah kerana ramai kurang pengetahuan mengenai kewujudan dan aktiviti pasukan itu.

Kebanyakan anak-anak muda Cina sebenarnya amat meminati pasukan berkenaan tetapi penglibatan mereka terbatas kerana tidak tahu cara untuk menyertai pasukan itu.

“Sehingga kini bilangan anggota Askar Wataniah Cina di negeri ini kurang daripada 200 orang dan jumlah ini terlalu sedikit.

“Disebabkan itu kami mulakan inisiatif dengan pergi ke Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta untuk memberi pendedahan kepada mereka dengan memberi ceramah. Kami juga membawa mereka melawat sambil belajar ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kontraktor berusia 35 tahun ini berkata maklumatbalas yang diterima daripada pelajar Cina menunjukkan mereka sebenarnya amat berminat untuk menyertai pasukan itu.

Cuma mereka tidak tahu bagaimana cara hendak memohon kerana sebelum ini maklumat yang diperolehi hanya daripada surat khabar berbahasa Cina, oleh sebab itu pengetahuan mengenainya agak terhad.

PUNCA KURANG PENGLIBATAN

Choi berkata satu lagi yang menghalang mereka adalah generasi muda kaum Cina kurang bergaul dengan masyarakat Melayu yang dominan dalam pasukan berkenaan.

“Namun selepas mereka menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan mengenali rakan masyarakat Melayu, mereka memberi maklumatbalas positif. Kesimpulannya, awal sahaja takut sudah kenal semua okay,” katanya.

Beliau yakin dalam masa beberapa tahun akan datang, penglibatan orang Cina dalam pasukan Askar Wataniah khususnya dan pasukan beruniform lain amnya akan meningkat.

CINA TIDAK SUKA ‘MAKAN GAJI’

Tambah Choi pandangan yang mengatakan kaum Cina lebih suka kerja sendiri atau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bukannya ‘makan gaji’ tidak lagi boleh diterima.

“Orang Cina dulu mungkin suka buat business tapi dengan keadaan ekonomi sekarang dan manfaat yang kerajaan beri kepada kakitangannya, saya rasa perkara itu akan berubah dalam masa beberapa tahun lagi.

“Sebab itu kita cuba tarik minat golongan muda Cina dari keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana jika mereka kerja sendiri atau kerja biasa mungkin hanya dapat RM900 sebulan berbanding RM2,000 minimum sekiranya kerja dengan kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau percaya masyarakat Cina juga sebenarnya boleh menjadi perwira negara dan mempertahankan kedaulatan negara ini sekiranya diberi peluang.

Sebagai contoh, kaum Cina dari Rejimen 503 Askar Wataniah turut membantu menjaga keselamatan awam semasa banjir besar yang melanda Kelantan dan Cameron Highlands dua tahun lalu dan dalam operasi menahan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di kawasan tanah tinggi itu.

Choi yang juga Pengerusi Askar Wataniah Perak menyeru kepada semua masyarakat Cina supaya menjadi sebahagian daripada keluarga besar pasukan keselamatan negara agar dapat memikul tanggungjawab bersama membantu mempertahankan negara supaya keharmornian dan kestabilan negara dapat terus dikekalkan. – BERNAMA

Tags: Askar Wataniah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Sindir Mat Sabu ‘Capatikan’ Janji

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Baru tiga bulan berjanji sudah 'dicapatikan'. Bagitu sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada...

Rancang Program Galakkan Rakyat Sertai Askar Wataniah

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan sedang merancang beberapa program untuk menggalakkan rakyat pelbagai kaum di negara ini menyertai Askar Wataniah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd