• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Syarikat Penerbangan Larang Telefon Samsung

oleh Ahmad Albab
13/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Dua lagi syarikat penerbangan Indonesia telah mengikuti jejak langkah Garuda Indonesia dalam melarang penggunaan telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 di dalam penerbangan.

Syarikat penerbangan tambang murah, Citilink Indonesia iaitu anak syarikat Garuda Indonesia dan sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah, Lion Air, mengumumkan larangan tersebut hari ini, demikian menurut akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post.

Gergasi teknologi, Samsung Electronics Co. Ltd., menggantung penjualan telefon pintar terbaru keluarannya minggu lepas selepas menerima banyak laporan bahawa telefon itu meletup.

Jakarta Post memetik seorang jurucakap Lion Air sebagai berkata syarikat itu akan menunggu perkembangan terbaru daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat sebelum mengambil tindakan susulan.

Ahad lepas, Garuda Indonesia mengumumkan larangan penggunaan telefon pintar berkenaan dengan naib presiden komunikasi korporat syarikat itu, Benny S. Butarbutar berkata ia adalah susulan amaran keselamatan yang dikeluarkan oleh FAA, Khamis lepas.

“Garuda Indonesia memberi amaran supaya semua penumpang tidak mengaktifkan telefon pintar berkenaan di dalam penerbangan, malah dalam mod kapal terbang atau tidak menghidupkan, mengecasnya atau simpan di dalam bagasi,” kata Benny dalam kenyataan media, Ahad lepas.

Beliau berkata amaran bertulis itu dipaparkan di semua kaunter pendaftaran masuk di semua lapangan terbang yang digunakan oleh syarikat itu.

Minggu lepas, FAA mengeluarkan amaran keselamatan itu selepas Samsung menarik balik telefon pintar siri terbaru keluarannya ekoran masalah bateri dan kemungkinan terbakar atau meletup. – BERNAMA

Tags: Samsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd