Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Mkini Dotcom Didenda RM500,000...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd untuk membayar...

Tular Ikan Naik Ke...

KOTA TINGGI - Insiden ikan terdampar di pantai Tanjung Sedili, di sini yang...

Vaksin Denggi Sudah Memadai,...

KUALA LUMPUR - Seorang pakar denggi Malaysia menggesa Kementerian Kesihatan menjalankan ujian lapangan...

Finas Perlu Bantu Semarak...

KUALA LUMPUR - Kejayaan filem Munafik 2, Hantu Kak Limah dan Paskal The...

Lebih 40 Orang Di Malaysia Disyaki Dijangkiti Virus Zika

KUALA LUMPUR – Lebih 40 orang rakyat Malaysia di negara ini disyaki dijangkiti virus Zika, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

Katanya kementeriannya kini sedang menunggu laporan penuh daripada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk mengesahkan sama ada suspek positif Zika atau sebaliknya.

IMR mempunyai standard tertentu untuk mengendalikan pengesahan ujian darah, kata Dr. Subramaniam, yang juga presiden MIC, kepada pemberita selepas merasmikan galeri 70 tahun penubuhan MIC, di sini hari ini.

Setakat ini, terdapat empat kes didapati positif virus Zika di negara ini dengan kes terbaru melibatkan seorang suami kepada wanita hamil dari Taman Desa Harmoni, Johor Bahru yang mengalami gejala ruam pada 2 September lepas.

Isterinya, yang sedang hamil tiga atau empat bulan, disahkan positif virus Zika pada 7 September lepas selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan di Johor apabila mengalami gejala ruam, sakit badan dan deman.


Seorang wanita berusia 58 tahun dari Klang, Selangor menjadi kes pertama jangkitan kes tersebut diikuti kes dua melibatkan seorang lelaki di Sabah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori