Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Rasuah: 3 Ahli Perniagaan...

KUCHING - Mahkamah Khas Rasuah di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara dan...

Rasuah: Pemandu Lori Dipenjara...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori warga tempatan hari ini dijatuhi hukuman penjara...

PABM: Janise Peserta Berbangsa...

BANGI - Seorang penuntut undang-undang berbangsa Cina dari Universiti Malaya (UM), Janise Then...

Pengguna, Jangan Beli Barang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua peniaga tanpa mengira...

Lafarge Tanggung Kos Cuci Rumah Penduduk Terjejas Debu

LANGKAWI – Lafarge Cement Sdn. Bhd., syarikat pengendali kilang simen di sini, bersedia untuk menanggung kos pencucian ke atas harta benda penduduk di tiga buah kampung yang terjejas ekoran insiden debu yang terlepas dari kilang itu pada Aidiladha lepas.

Pengurus kilangnya, Sekar Kaliannan berkata apa-apa bentuk tuntutan lain yang dibuat penduduk kampung yang terjejas akan dibincangkan lebih lanjut dalam satu perjumpaan yang akan diadakan Sabtu ini.

“Setakat ini, apa yang kami setuju adalah kami setuju untuk membayar balik (kos) kerja pencucian (yang ditanggung penduduk kampung),” katanya kepada media selepas memberi taklimat tentang insiden itu kepada Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Leong Yong Kong dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah, Nor Saidi Nanyan di kilang itu hari ini.

Katanya Lafarge juga akan membuat langkah susulan untuk melaksanakan projek perlindungan insurans berkelompok untuk penduduk di kampung-kampung berdekatan kilang itu seperti yang dicadangkan oleh Nor Saidi semasa taklimat itu.

“Kami akan teruskan ‘social economic footprint’ yang kami akan buat untuk membantu kami mendapatkan lebih banyak lagi maklumat daripada penduduk di sini untuk menambah baik lagi apa yang kami buat,” katanya.

Semasa taklimat itu, Sekar berkata insiden debu dari kilang itu terlepas ke udara berlaku kira-kira pukul 9 pagi Isnin lepas ekoran kerja-kerja pembaikan satu daripada unit pemprosesannya yang tersumbat.


Arah tiupan angin ketika itu telah membawa kepulan debu itu ke Kampung Teluk Yu, Kampung Belibih dan Kampung Pasir Hitam sehingga mencemari kira-kira 1,000 buah kawasan rumah di situ.

“Kita tidak menjangka perkara ini berlaku dan ia belum pernah berlaku sebelum ini. Kami memohon maaf kepada semua penduduk kampung di atas kejadian ini dan akan memastikan ia tidak akan berulang di masa hadapan,” katanya.

Ekoran kejadian itu, pegawai-pegawai dari kilang berkenaan telah bertemu dengan penduduk terjejas untuk menjelaskan perkara yang berlaku dan mendapatkan maklum balas tentang bantuan-bantuan yang perlu diberikan.

“Insiden ini bukannya disengajakan sebab dalam keadaan biasa, debu yang berlebihan dari unit pemprosesan ini akan gugur dalam kawasan kilang ini sendiri dan bukannya dilepaskan keluar,” katanya dan menegaskan kilang itu beroperasi di bawah kapasiti maksimumnya semasa kejadian berlaku. – BERNAMA

1 komen

  1. When it comes to maintaining your appliances, trust only the best with authorized-appliance. Our high-quality components are meticulously tested and guaranteed to meet exact manufacturer specifications, ensuring optimal performance and longevity. Choosing authorized parts means you’re not only safeguarding your appliance’s efficiency but also protecting your investment. With a wide range of certified parts for all major brands, you can easily find the perfect match for your repair needs. Don’t compromise on quality—rely on our authorized-appliance of mind and exceptional results every time.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori