• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWAP Jual Aset Di Luar Negara Jika Wujud Peluang

oleh AK-47
20/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) akan menjual asetnya di luar negara jika mempunyai peluang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad.

“Kami tidak berada di bawah tekanan untuk menjual pelaburan kami di luar negara, tetapi jika mempunyai peluang, saya rasa kami akan menelitinya, terutamanya jika terdapat pembida bagi aset kami di luar negara, yang akan memberi kami pulangan yang amat baik,” katanya pada sidang media di luar Forum Ekuiti Swasta 2016 di sini hari ini.

Beliau berkata langkah itu akan berdasarkan setiap kes berikutan ia perlu memenuhi kriteria dana persaraan itu. Wan Kamaruzaman berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini dana itu berkaitan gesaan kerajaan bagi syarikat berkaitan kerajaan untuk membawa balik keuntungan ke atas pelaburan mereka di luar negara dengan membuat pelaburan yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi di negara ini.

Beliau berkata baru-baru ini, KWAP menjual aset hartanahnya di London yang meraih keuntungan sebanyak £55 juta (£1=RM5.40) daripada penjualan itu. Beliau berkata dana persaraan itu melabur £215 juta dalam aset London pada tiga setengah tahun yang lalu.

Mengenai jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed), Wan Kamaruzaman berkata kenaikan kadar itu dijangka dilaksanakan pada akhir tahun.

“Kita perlu melihat kepada asas ekonomi kita sendiri berbanding apa yang dilakukan oleh Fed. Ketika ini, ia seperti hanya AS berada pada trajektori pertumbuhan yang berbeza manakala negara lain di dunia ini masih pada aliran penurunan.

“Ia bukan mengenai Fed menaikkan kadar faedahnya, kita juga perlu melaraskan kadar faedah dengan sewajarnya,” katanya. Fed akan memulakan mesyuarat dasarnya selama dua hari lewat hari ini. – BERNAMA

Tags: KWAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

Saiz Dana KWAP Catat Pertumbuhan 7.4 Peratus Pada 2023

31/07/2024
0

KUALA LUMPUR - Saiz dana terkumpul Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus bagi tahun berakhir 31...

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

Anwar Umum Pelaburan RM3 Bilion KWAP Melalui Dana Pemacu

28/05/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bakal melabur sebanyak RM3 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd