PELAKON versatil, Ellie Suriaty Omar sebagai aktres tidak perlu dipertikaikan lagi sama ada di televisyen (TV), layar perak mahupun pentas teater.
Pun begitu, kelibat aktres berusia 46 tahun ini dilihat jarang mewarnai arus perdana kerana lebih aktif di belakang tabir.
Menurut sebuah laman akhbar tempatan, beliau yang merupakan salah seorang tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) kelihatan kurus daripada penampilannya yang sebelum ini.

Bagaimanapun, menurut Ellie, perubahan susuk tubuhnya itu adalah atas kesedaran diri sendiri bukan semata-mata untuk kelangsungan kerjayanya, tetapi lebih kepada penjagaan kesihatan.
“Saya tidak makan nasi sejak lima bulan lalu. Pada masa sama saya mengamalkan senaman. Kalau dulu saya gemuk sehingga menjadi ejekan orang sekeliling. Apabila berjaya menurunkan berat badan, saya gembira.
“Kerja keras selama ini berbaloi. Apa saya lakukan bukan untuk bersaing dengan sesiapa, tetapi lebih kepada kesedaran diri sendiri. Pada masa sama ia boleh memberi motivasi kepada orang lain. Apa yang penting kena rajin,†katanya.
Bercerita tanggung jawab yang perlu digalas sebagai guru di AF2016 yang memegang portfolio seni persembahan, Ellie memberitahu bahawa dia akan memberikan tumpuan 100 peratus kepada pelajarnya.
Malah akan menjaga standard dan kualiti AF itu sendiri sebagaimana dilakukan oleh Fauziah Nawi, Fatimah Abu Bakar, Que Haidar dan beberapa tenaga pengajar terdahulu. – MYNEWSHUB.CC