Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

RCI BNM: Anwar Tiba...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Istana Kehakiman di sini hari...

Setiausaha PAN Berang Dengan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat berang kerana...

Bayi Beri Kejutan Pada...

Kent – Seorang bapa mendapat kejutan daripada bayinya yang berusia empat hari...

Tanah Projek NFC Akan...

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan membangunkan semula ladang ternakan lembu yang sebelum ini...

Krisis Tebusan Budak 2 Tahun Ditawan 17 Jam Tamat

SINGAPURA – Krisis tebusan selama 17 jam antara pihak polis dengan lelaki yang menahan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di sebuah flat di Sembawang sejak semalam berakhir hari ini.

Drama sensasi tersebut diselesaikan setelah pasukan khas polis Singapura berjaya memecah masuk ke unit flat berkenaan tengah hari 28 September sekali gus membebaskan mangsa yang ditawan kejam oleh suspek.

Stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia melaporkan, lelaki berusia 39 tahun itu mengunci dirinya bersama kanak-kanak berkenaan di dalam sebuah unit di Blok 462 Sembawang Drive sejak pukul 6.40 petang Selasa.

Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada pertelingkahan antara ibu kanak-kanak itu dengan lelaki berkenaan, yang dikatakan rakan kepada keluarga mereka, menurut agensi berita milik pemerntah MediaCorp Singapura.

Sehingga pukul 10.30 pagi Rabu, para perunding polis kelihatan masih berada di luar unit strata tersebut mencuba untuk melepaskan kanak-kanak lelaki berkenaan secara rundingan langsung dengan suspek.

Bagaimanapun pada pukul 12.03 tengah hari, para pegawai polis daripada Pasukan Operasi Khas Singapura mula bertindak pantas dengan memecah masuk ke dalam unit kediaman tersebut secara senyap.

Krisis Tebusan Budak 2 Tahun Ditawan 17 Jam Tamat

Lelaki itu kemudian ditangkap atas kesalahan menahan seseorang secara paksa dan juga berkaitan dadah, menurut polis, sambil menambah bahawa ibu kanak-kanak berkenaan juga ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah.

Kanak-kanak lelaki itu namun didapati tidak disakiti oleh suspek dan kini berada di bawah jagaan pihak polis, sementara paramedik dilaporkan sedang memantau keadaan beliau, menurut jurucakap polis lagi.


Mediacorp Singapura difahamkan pihak polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga berhubung kesejahteraan kanak-kanak tersebut yang tidak didedahkan identitinya.

Ahli Parlimen GRC Sembawang, Lim Wee Kiak, yang berada di tempat kejadian pagi tadi memberitahu media bahawa kanak-kanak itu mempunyai makanan dan minuman yang mencukupi di dalam rumahnya.

“Mangsa merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Kami difahamkan ini adalah hanya pertelingkahan kecil keluarga dan mereka cuba menghuraikannya tetapi akhirnya gagal.

“Kami juga sudah memeriksa data daripada pihak berkuasa tempatan dan keluarga tersebut didapati tidak berada di bawah bantuan skim ComCare ataupun apa-apa sekalipun,” kata Wee Kiak.

Pihak polis turut menasihati orang ramai yang berada di daerah itu supaya jangan memasuki kawasan yang sudah dikepung sehingga proses siasatan selesai dilakukan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori