Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Dirogol Majikan Pakistan Selepas...

BELURAN - Seorang pekerja kedai runcit di Paitan, dekat sini dipercayai dirogol majikannya...

Setahun Kerajaan PH, Hala...

MARANG - Pemuda PAS menyifatkan peratusan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) yang dilaporkan...

Vaksin Covid-19 Ditemui, Harga...

KUALA LUMPUR - Berita pengumuman penemuan vaksin Covid-19 yang memberi kelegaan kepada semua...

Gadis Kurus Sanggup Gemuk...

BIRMINGHAM - `Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula berat badan 171...

Kren Bawa Turun Lembu 4 Tahun Tinggal Tingkat 4 Flat

ISLAMABAD – Lazimnya penduduk yang tinggal di rumah pangsa dengan ruang terbatas di kota besar akan menganggap kediaman mereka terlalu kecil untuk ditambahkan haiwan peliharaan.

Ini bermakna hanya binatang comel dengan saiz kecil dibela antaranya kucing, anjing, tikus atau burung. Namun tidak demikian halnya dengan seorang lelaki di Pakistan, Ejaz Ahmad yang menetap di Karachi dekat sini.

Media tempatan melaporkan, dia membeli seekor anak lembu dan seladang untuk dipelihara jinak di tempat tinggalnya yang terletak di tingkat empat sebuah flat kos rendah di bandar raya pelabuhan itu pada 2012 lalu.

Bagaimanapun kini, setelah empat tahun kemudian membela dua ekor haiwan berkenaan, lelaki tersebut terpaksa pula menghubungi pasukan kecemasan setempat untuk menolongnya mengeluarkan binatang itu dari rumahnya.

 

sapi2

Ejaz dilaporkan meminta pihak berkuasa menurunkan seladang dan lembu berkenaan ke tanah apabila mendapati kedua-duanya telah dewasa menjadi terlalu besar dan sudah tidak muat lagi untuk dibawa menerusi tangga flat.

Untuk rekod, ketika binatang tersebut masih kecil, ia dibawa ke rumahnya melalui tangga. Akibatnya sebuah jentera kren besar pun digerakkan ke rumah pangsanya untuk operasi pengeluaran dua haiwan besar tersebut ke tanah.

Media tempatan melaporkan, seladang dan lembu berkenaan tinggal di dalam sebuah kandang buatannya sendiri dan langsung tidak pernah menginjak kaki mereka ke tanah semula jadi selama empat tahun berada di situ.


“Kawasan penempatan manusia di Karachi ini sangat sempit dan tidak ada ruang terbuka. Saya ingin menjaga dua ekor haiwan ini di rumah saya dan membawa mereka ke bumbung flat adalah satu-satunya pilihan sesuai.

PIC FROM CATERS NEWS - (PICTURED: The Bull being rescued from a roof is lowered by a crane as people look on. ) - A crane was called in to rescue a cow and bull, which was being raised by a man on his rooftop for the last four years. The dramatic rescue unfolded after the owner of the house called emergency services to help his animals to the ground floor in Karachi, Pakistan. But what came to light later was even more bizarre. It turned out that the cow and bull had been living on the rooftop for the last four years. This neighbourhood in Karachi is very cramped and there are no open spaces. I wanted to keep them in my house and the rooftop was my only option, said Ejaz Ahmad, owner of the house. SEE CATERS COPY.

“Saya beli binatang jinak ini untuk dipelihara di tingkat 4 dan semuanya baik-baik sahaja. Saya pernah cuba bawa mereka turun melalui tangga, tetapi ternyata ia tidak mungkin berjaya sehingga saya panggil kren,” ujarnya.

Adegan yang penuh dramatik itu menyaksikan jentera kren setinggi 60 meter tersebut berjaya menurunkan kedua-dua haiwan terbabit tanpa sebarang masalah besar sambil disaksikan ratusan penduduk perumahan berkenaan.

Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan tempatan yang enggan identiti didedahkan menyatakan kepada media: “Saya tidak pernah langsung terlibat dalam tugas penyelamatan pelik seperti ini sepanjang umur saya sendiri.”

Ejaz bagaimanapun tidak pula menjelaskan lokasi baharu untuk dua haiwan berkenaan selepas operasi tersebut selesai termasuk sama ada diternak di kawasan lain, dijual atau pun disembelih. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori