• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Indonesia ‘Turun Padang’ Pantau Macet Lebuh Raya

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Menjelang cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha 1437 Hijriah, Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian dilaporkan terpaksa ‘turun padang’ demi memastikan aliran lalu lintas lebuh raya bergerak lancar.

Akhbar berpengaruh Kompas melaporkan, beliau sanggup melihat sendiri dan memantau perjalanan trafik susulan kesesakan teruk atau disebut dalam dialek tempatan sebagai macet yang dianggap terburuk semasa menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Kesesakan di lebuh raya bertol Pejagan–Pemalang sepanjang 57 kilometer itu mendapat perhatian pelbagai pihak apabila jutaan kenderaan serentak meninggalkan ibu kota Jakarta untuk ‘mudik lebaran’ atau balik kampung menyaksikan pemandu ‘tersangkut’ lebih 12 jam.

Isu itu menyebabkan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla memohon maaf secara terbuka manakala Presiden Joko Widodo atau mesra disapa Jokowi menyifatkan keadaan luar jangka itu akibat ekonomi rakyat bertambah baik dengan ramai mampu memiliki kereta sendiri.

Sebagai usaha penyelesaian sementara, polis dikerah mengawal trafik termasuk mewujudkan aliran kontra dan pihak pemerintah berhasrat membina sambungan lebuh raya baharu untuk laluan yang dikenal pasti sering berlaku kesesakan luar biasa setiap kali musim perayaan.

KPN Indonesia 'Turun Padang' Pantau Macet Lebuh Raya

“Sudah digerakkan, setelah beberapa kali mesyuarat antara pihak polis, Kementerian Perhubungan, pemaju lebuh raya Jasa Marga dan pelbagai agensi pemerintah yang lain termasuk syarikat minyak kebangsaan Pertamina,” kata Tito di markas besar polis di sini hari ini.

Demi memastikan situasi laluan selamat dan diurus baik, beliau malah sanggup ‘terbang’ ke sejumlah titik yang dikatakan berpotensi besar untuk terjadinya macet luar biasa termasuk di susur keluar menuju pintu gerbang tol Brebes Timur atau lebih dikenali sebagai Brexit.

Kesesakan di titik tersebut sebelumnya cukup parah berlaku menjelang Aidilitri lalu apabila pemandu terpaksa bergerak perlahan secara purata pada kelajuan 20 kilometer sejam sehingga banyak kenderaan hampir kehabisan bekalan minyak di tengah perjalanan mereka.

“Sebentar lagi saya akan menaiki helikopter menuju ke Brexit untuk lihat situasi sebenarnya,” ujar Tito. Berdasarkan laporan semasa, arus lalu lintas pada titik tersebut terpantau kondusif. Namun demikian, beliau mengaku ingin memeriksa sendiri situasi secara langsung.

“Laporan terakhir pada subuh tadi, saya dimaklumkan bahawa laluan tersebut memang padat kenderaan tetapi tidak ada aliran lonjakan besar seperti ketika ambang Aidilitri lepas, malahan belum lagi terjadi insiden buruk,” kata Tito. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Indonesialebuh raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd