• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Cadang Pemaju Sebagai Pemberi Pinjaman

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan supaya pemaju perumahan diberi lesen pemberi pinjaman wang, untuk membantu pembeli rumah yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman bank dan menangani masalah bayaran pendahuluan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata cadangan itu dipertimbangkan pihaknya memandangkan ramai pembeli mengalami kesukaran untuk membuat bayaran pendahuluan.

“Justeru itu saya mencadangkan supaya pemaju perumahan berkelayakan, terutama syarikat mempunyai sumber kewangan yang banyak, seperti Sunway Group, EcoWorld, Mah Sing dan Glomac, diberi lesen pemberi pinjam wang.

“Ia akan hanya terhad kepada penyediaan pembiayaan akhir untuk pembeli rumah berkelayakan, yang mengalami kesukaran memperoleh pinjaman bank,” katanya semasa menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan 2016 di sini, hari ini.

Noh berkata cadangan itu merupakan situasi sama menang untuk pemaju dan pembeli rumah.

“Bagi pemaju, kemudahan pembiayaan akhir akan menawarkan sumber keuntungan kedua selepas jualan rumah,” katanya.

Beliau berkata usaha baharu lain yang diluluskan kerajaan baru-baru ini adalah Sewa Milik atau R2O, untuk semua pembeli rumah di bawah skim Projek Perumahan Rakyat.

“Melalui usaha memperkenalkan R2O baharu ini, saya berharap kita akan mampu menyelesaikan masalah tertunggak yang lama dihadapi pembeli rumah apabila permohonan mereka tidak diluluskan bank, berikutan pendapatan mereka mungkin tidak memenuhi syarat bank yang ketat,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Noh berkata pemaju yang berminat boleh menyerahkan permohonan lesen pemberi pinjam wang, di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2011) atau dikenali sebagai Akta 400, di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Beliau berkata dengan lesen pemberi pinjam wang, pemaju boleh membantu pembeli bagi pembiayaan 100 peratus atau sebahagian, manakala kadar faedah tidak boleh melebihi 18 peratus setahun. – BERNAMA

Tags: KPKTNoh Omarpemaju
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Melecur Muka, Rambut, Tangan Selamatkan Anak

Next Post

Tipu Diragut: Ryan Lochte Digantung 10 Bulan

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Next Post

Tipu Diragut: Ryan Lochte Digantung 10 Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd