Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Nelayan Terjatuh Laut, Ditemui...

JOHOR BAHARU - Seorang nelayan yang hilang selepas terjatuh ke dalam laut di...

JCorp Wi-Fi Bakal Bawa...

JOHOR BAHRU - Kemudahan perkhidmatan Wi-Fi percuma yang bakal dinikmati rakyat di negeri...

Pertumbuhan Prasarana ASEAN Beri...

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mendapat manfaat yang besar daripada pertumbuhan yang disokong...

Bank Komersial Diharap Tidak...

PUTRAJAYA: Biarpun negara sudah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai...

Konsert Rapatkan Saf Jendela Maal Hijrah 1438

1. Sejarah perlu selalu dicipta terutama dalam soal menyatukan ummah. Kita tidak boleh sentiasa hanya merenung sejarah. Kekuatan ummah bergantung kepada keupayaan kita untuk bangkit dan terus mencipta sejarah demi sejarah. Falsafah RapatkanSaf adalah sejarah sejak ibadah solat berjemaah diutamakan dalam Islam.

2. Selain sebagai menunaikan ibadah fardhu ain, solat berjemaah adalah kunci perpaduan ummah dalam melaksanakan perintah Allah. Dalam solat jemaah, istilah RapatkanSaf diseru oleh imam sebelum mengimamkan solat.

3. Saf solat adalah saf tasauf harian yang mengingatkan jemaah dan ummah memgenai memulakan sesuatu dengan kesedaran pada perpaduan dan siratulrahim. Dalam konteks solat berjemaah, RapatkanSaf adalah falsasah persediaan jemaah sebelum memulakan ibadah. Kesatuan saf yang lurus dan saling bergandingan lambang keutuhan jemaah.

4. Sebagai pencetus untuk memastikan iktibar RapatkanSaf diperluas dan diamalkan dalam organisasi media penyiaran, TV Alhijrah memulakan langkah bersama rakan-rakan penyiar yang lain untuk memastikan kebersaman dan perpaduan disantuni secara teladan oleh pemain-pemain utama industri media penyiaran.

5. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian rakan-rakan operator TV dan radio yang tampil dengan semangat setia kawan untuk saling berganding bahu melaksanakan program ini demi kesyumulan Islam sebagai agama yang menyeru pada perpaduan ummah.

6. Kepada sahabat-sahabat yang dimuliakan, dari Media Prima Berhad, Radio Televisyen Malaysia, Astro, Bernama TV, Hypp TV dan Radio Ikim, kesudian anda semua menjadikan kempen ini terasa indah dan mudah.

7. Kepada Permodalan Nasional Berhad, terutama Pengerusinya, Tan Sri Wahid Omar serta Bahagian Strategik Pejabat Perdana Menteri, kemurahan hati serta keperibadian tinggi tuan-tuan demi merealisasikan kempen ini dengan tajaan dan sokongan, kami doakan Allah jugalah yang membalasnya.

8. Konsert 2 jam pada 2 Oktober ini, akan dipancarkan secara langsung di lima saluran TV dan satu saluran radio. Ia satu detik bersejarah di negara ini apabila TV Alhijrah, TV9, RTM 1, Hypp TV, Bernama TV dan Radio Ikim dengan penuh rasa ukhwan dan ummah, sudi menjadikan siaran langsung ini dspat ditonton serentak dengan akses maksimum di 7.4 juta isi rumah seluruh negara.


9. Pembabitan artis tersohor di rantau Islam Nusantara juga menjadikan konsert RapatkanSaf ini memiliki reputasi dan jenama perpaduan ummah yang tersendiri. Ia menjadikan industri penyiaran mempunyai nilai tambah berganda dan mulia dan konteks menyemai kecintaan pada perpaduan ummah.

10. Kepada rakan-rakan artis terutama Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Datuk Ramli Sarip, Opick, Mawi & Shamsul Yusof, Awi Rafael, Heliza dan ….. kesediaan anda untuk bersama amat besar manfaat kepada perjuangan kita semua dalam menjunjung seruan RapatkamSaf di kalangan ummah.
Moga Allah jugalah yang membalas segala jasa baik anda dalam program ibadah ini.

11. Konsert yang akan berlangsung di Alhijrah Big Studio di Cyberjaya akan melengkapkan lagi komitmen kami, yang mahu menjadikan Cyberjaya sebagai bandar digital yang kaya dengan nilai Islami. Selain secara fizikal, Cyberjaya masyhur kerana ikonik multimedianya, kini konsert RapatkanSaf akan mengangkat nilai tambah Cyberjaya dengan pengisian aktiviti kerohanian.

12. Kepada rakan-rakan penyiar yang bersama dalam saf konsert ini, saya ucapkan marilah kita jadikan inspirasi RapatkanSaf sebagai tanda kebersamaan walaupun saling bersaing. Kepada rakan wartawan, terima kasih kerana sudi membantu hebahan konsert ini demi kesedaran ummah terhadap nilai perpaduan dalam Islam.


Akhirkata… saya sudahi ucapan ini dengan doa Moga Allah merahmati dan mengasihani kita. Moga Allah memudahkan perjuangan kita dalam memartabatkan Islam sebagai agama persaudaraan dan keamanan. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori