• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Otai masih berbisa! Itu yang dapat dirumuskan selepas menonton persembahan tiga penyanyi popular tanah air, Datuk Jamal Abdillah, Zamani dan Ameng menerusi Konsert 3 Suara yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, semalam.

Kemunculan tiga figura berpengaruh dalam bidang seni suara itu ternyata berjaya mengubati kerinduan peminat yang sekian lama merindui kemunculan mereka dalam konsert berskala besar.

Konsert dimulakan tepat jam 9 malam oleh Ameng yang memulakan tirai dengan lagu Jamal berjudul Mati Hidup Semula dan lagu hits Spring antaranya Sejiwa, Bourgenvila dan Sepi Tanpa Cinta.

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!
Ameng

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!

Perjalanan konsert kemudian diteruskan dengan kemunculan vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim memberi persembahan bertenaga menerusi lagu-lagu hits kumpulan iaitu Kembali Terjalin, Maria Mariana, Nur Kasih dan Manisnya Rindu.

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!
Zamani

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!

Usai Zamani, Jamal mengambil alih pentas dengan lagu rancak, Aku Penghibur dan Kau Lupa Janji.

Konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu turut dihiburkan alunan muzik ‘world‘ menerusi lagu Ghazal Asmara, Ghazal Untuk Rabiah dan Samrah Mentari yang diiringi penari latar IB.

Yang menariknya dalam konsert tersebut apabila Jamal mencuri kelainan dengan menyanyikan sebuah lagu popular Ziana Zain, Kalau Mencari Teman dengan cara dan gayanya yang tersendiri.

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!
Datuk Jamal Abdillah

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!

Konsert 3 Suara ini turut menjemput penyanyi, Jamilul Hayat yang popular dengan lagu Mawar Putih Tanda Perpisahan sebagai artis jemputan bagi memeriahkan lagi konsert berskala besar itu.

Mengakhiri persembahan, trio Jamal, Zamani dan Ameng ‘berperang’ vokal menyampaikan lagu Isabella, Sampai Hati, Gerimis Mengundang dan Gadis Melayu sebelum mendapat standing ovation dan tepukan gemuruh daripada para penonton.

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!
Berpadu suara menyampaikan lagu Isabella, Sampai Hati, Gerimis Mengundang dan Gadis Melayu.

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!

Konsert 3 Suara: Jamal, Zamani, Ameng Masih Berbisa!
Jamilul Hayat

Konsert 3 Suara yang dianjurkan Binjamal Event ini mendapat sentuhan pengarah muzik, Raja Mohd. Sham memimpin 20 pemuzik profesional.

Peminat boleh mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert yang berlangsung dari Khamis hingga Ahad ini pada harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458 menerusi laman sesawang www.ilassotickets.com atau hubungi 03-2170 6333. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KonsertmyArtispenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Rampas Kelopak Peluru M16, 30 Peluru M16, Tahan 2 Beranak

Next Post

KPM Bincang Dengan Polis Kawalan Keselamatan Pelajar

Related Posts

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Next Post

KPM Bincang Dengan Polis Kawalan Keselamatan Pelajar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd