Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Makkal Sakti Gesa Polis...

GEORGE TOWN – Pergerakan Makkal Sakti Malaysia menggesa agar siasatan dijalankan terhadap pemaju...

Rompak: Penghantar Surat Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua...

Lebuhraya PLUS Mulai Sesak...

KUALA LUMPUR - Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan mulai sesak setakat 1...

Isu Menteri Besar Selangor...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC berpandangan kemelut perebutan jawatan Menteri Besar yang berlaku...

Khairy Sindir FAM Sibuk Cari Pembocor Maklumat Pendrive

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyindir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran sibuk cari dalang penyebar maklumat dalam pendrive yang dikatakan mengandungi butiran salah urus persatuan itu.

Khairy berkata, badan induk bola sepak tanah air itu sepatutnya mendedahkan kandungan pemacu pena tersebut supaya dapat dinilai peminat bola sepak dan bukannya sibuk memburu individu yang menyalurkan maklumat berkenaan.

“Sudah pasti yang penting adalah isi kandungannya sebab dari segi keutamaan, saya percaya peminat bola sepak tak nak dengar sangat daripada FAM mengenai siapa membocorkan maklumat itu.

“Perkara lebih penting adalah isi kandungan pendrive berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Kyoto-ASEAN bertajuk ‘Jendela untuk ASEAN: Antarabangsa dan Inovatif’ di sini hari ini.

FAM sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan sedang memburu dalang pembocor maklumat dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Isu pendrive hangat diperkatakan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendakwa mempunyai bukti mengenai salah laku dalam FAM pada 18 Julai lalu.


Pemacu pena melibatkan maklumat dalaman rahsia persatuan tersebut kemudian diberi kepada Khairy sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 September lalu.

SPRM bagaimanapun, mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isi kandungan pendrive tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori