Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Jutawan Bunuh Kekasih Dalam...

SEORANG jutawan perniagaan dari New York, Amerika Syarikat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup...

KPM Teliti Ambil Tindakan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan sedang meneliti kemungkinan mengambil tindakan terhadap ketua juri dan...

Pelajar Tahfiz Terima Anugerah...

BANGI – Seorang pelajar Maahad Tahfiz yang berjaya menyelamatkan rakannya dalam kebakaran di...

Anak Lebih Berselera Makan...

PETALING JAYA - Ibu kepada kanak-kanak yang terjatuh dari rumah mereka di sini...

Kesemua Pemain Cukup Bersedia Berdepan South China

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang suku akhir pertama berdepan kelab South China di Stadium Mongkok, Hong Kong berikutan kesemua pemain cukup bersedia pada perlawanan esok.

Ketua jurulatih JDT, Mario Gomez berkata pasukan itu mengintai satu lagi kejayaan di kejohanan peringkat benua, selepas berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super untuk musim ketiga berturut-turut sejak 2014, pada minggu lepas.

“Sudah tentu kami gembira berjaya merangkul piala Liga Super dan itu sasaran utama kami, namun kini kami mempunyai sasaran baharu untuk mempertahan gelaran Piala AFC,” katanya seperti dipetik dalam laman web AFC www.the-afc.com.

“Ini tahap tertinggi kita dapat beraksi, ia kejohanan antarabangsa dan kami mahu menang setiap perlawanan dalam setiap kejohanan yang disertai,” kata jurulatih berasal dari Argentina itu.

Gomez berkata beliau cukup tahu kemampuan pasukan South China kerana pernah membimbing kelab dari Hong Kong itu sebelum ini, dan yakin JDT mampu memperoleh kelebihan jaringan di tempat lawan itu.

Dalam pada itu, jurulatih South China Ricardo Rambo mengakui pasukannya bakal berdepan tugas sukar, namun percaya berdasarkan pengalaman lepas dan menjadi satu-satunya kelab Hong Kong dalam kejohanan itu, mereka mampu menampilkan prestasi terbaik menentang JDT.

“Ini perlawanan sangat penting bukan sahaja untuk kelab dan pemain tetapi kepada seluruh rakyat Hong Kong. Ia sesuatu yang hebat beraksi dalam kejohanan ini, namun sudah tentu kami tahu ia adalah sukar berdepan kelab yang mempunyai kekuatan seimbang di benteng pertahanan dan jentera serangan,” katanya.


“Pemain-pemain mempunyai pengalaman pada pertemuan tahun lepas dan kami sudah beberapa kali menyaksikan perlawanan itu bagi memastikan kami tidak lagi melakukan kesilapan.

“Namun, apa yang penting ia bukan sahaja pertemuan South China menentang JDT, ini sebenarnya perlawanan Hong Kong berdepan Malaysia dan kami mahu memastikan seluruh rakyat Hong Kong gembira,” kata Rambo.

Pasukan tuan rumah dijangka turun tanpa penyerang Chan Siu Ki berikutan sebab-sebab peribadi, manakala penjaga gol Tsang Man Fai juga dikatakan belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tangan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat suku akhir musim lepas, menyaksikan JDT menang dengan agregat 4-2.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Larkin pada 20 Sept. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori