• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Segambut: Isteri Mangsa Direman 5 Hari Bantu Siasatan

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita ditahan reman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh tiga beranak di sebuah rumah sewa tingkat dua di Apartment Nova, Taman Sri Sinar, Segambut di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata wanita berusia 35 tahun itu merupakan isteri Cheah Hing Soon, 34, serta ibu kanak-kanak perempuan Cheah Kai Sze, 3, dan bayi lelaki tujuh bulan Cheah Kai Wen yang kesemuanya dijumpai mati di dalam dua bilik di unit pangsapuri itu.

Beliau berkata wanita itu memberi keterangan bercanggah menyebabkan polis menahannya untuk menjalankan siasatan lanjut.

“Polis memerlukan masa untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian kerana kenyataan suspek sentiasa bercanggah.

“Setakat ini, kita tidak mengambil kenyataan individu lain kecuali suspek dan dua lagi anak lelakinya yang berusia enam dan lapan tahun,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengenai hasil bedah siasat, Munusamy berkata ia masih dijalankan.

Semalam, mayat lelaki itu dan dua anaknya dijumpai di rumah sewa mereka di pangsapuri itu.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu dijumpai dalam dua bekas simpan barang besar yang ditutup dengan plastik  manakala mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di bilik tidur utama.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa semalam. – BERNAMA

Tags: isterikes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd