HANYA kerana status, seorang wanita sanggup membunuh anak saudaranya yang baharu dilahirkan dengan mencampakkannya dari bumbung sebuah hospital di Kalyanpur, India.
Hindustan Times melaporkan, Sarita Devi yang mempunyai tiga orang anak perempuan itu bimbang statusnya akan tergugat kerana tidak melahirkan anak lelaki.
Dalam kejadian Isnin pagi itu, bayi yang bernama Anmol itu dijaga oleh Sarita selepas kedua ibu bapanya, Sarvesh Kumar dan Alka pulang ke rumah pada malam sebelum kejadian.
Kira-kira pukul 4.30 pagi, Sarita melaporkan kepada pihak hospital mengenai kehilangan Anmol sebelum operasi mencari dijalankan polis.
Anmol ditemui dalam keadaan selamat selepas sebahagian pakaiannya tersangkut pada jaring besi kira-kira lima meter dari bumbung hospital.
Penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Sarita membawa bayi lelaki itu ke atas bumbung dan mencampaknya dari koridor kira-kira jam 4 pagi.
Sarita mendakwa kelahiran bayi lelaki itu akan menambahkan lagi rasa hormat keluarganya terhadap ibu Anmol berbanding dirinya sendiri.
Suspek kini ditahan polis dan disiasat berhubung kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC