• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan 4 Serpihan Pesawat Diketahui Kurang 3 Bulan – Liow

oleh Ahmad Albab
18/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian empat serpihan yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang, dijangka diketahui dalam tempoh kurang tiga bulan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serpihan berkenaan ditemui masing-masing di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania.

“Kita yakin sedikit masa lagi akan dapat jumpa.. contohnya satu lagi serpihan yang turut ditemui di Tanzania mengambil masa dua bulan setengah untuk memastikan ia daripada pesawat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan bola keranjang ‘3 on 3’ di Wisma MCA di sini hari ini.

Jumaat lalu, Liow berkata sejumlah 22 serpihan ditemukan setakat ini di Afrika Selatan, Mozambique, Mauritius dan Tanzania, yang mana dua serpihan disahkan manakala empat lagi hampir pasti daripada pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang manakala selebihnya sukar dikenal pasti kerana tiada nombor siri atau butiran lain di atasnya.

Beliau berkata serpihan yang disahkan adalah sebuah flaperon yang ditemukan di Pulau Reunion Julai tahun lepas dan kepingan sayap di Pulau Pemba, di perairan Tanzania pada Jun tahun ini.

Liow berkata pencarian MH370 dalam baki kawasan pencarian seluas 10,000 km persegi dijangka selesai pada penghujung tahun ini.

Setakat ini, pencarian pesawat itu telah meliputi kawasan seluas 110,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, di luar pantai barat Australia.

Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Liow yang juga Presiden MCA menyelar kenyataan Anggota Parlimen DAP Jelutong Jeff Ooi dalam Twitternya mengenai kematian Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

Liow berkata Ooi seharusnya memohon maaf kepada keluarga Allahyarham kerana ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan politik.

“Walaupun berbeza fahaman politik, Allahyarham turut memberi sumbangan kepada pembangunan negara,” katanya.

Menerusi akaun twitternya Jeff menulis: “Adios Harun Din, let there be peace” (Selamat jalan Harun Din, semoga wujud perdamaian).

Mengenai pertandingan bola keranjang itu, Liow berkata ia akan diperkenalkan ke seluruh negara bermula pada tahun depan bagi mendorong ke arah perpaduan dalam kalangan belia.

Kira-kira 250 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan itu. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd