• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kejam’ Disingkir Sebelum Konsert, Pelajar AF Terkilan

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSEDIAAN tiga peserta program hiburan realiti, Akademi Fantasi 2016 bagi menghadapi konsert pada minggu kelima malam Ahad lalu akhirnya ‘terkubur’ apabila disingkir sebelum persembahan bermula.

Tiga peserta disingkirkan iaitu Jasper (Jasper James Supayah), Riana (Isyariana Che Azmi) dan Emy (Zahrul Hilmi Badrul Hisam) diumumkan sebelum konsert bermula menjadi antara kejutan program realiti itu yang dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam setiap Ahad.

Sebuah portal hiburan melaporkan ada pelajar yang terkilan apabila tidak dapat meneruskan persembahan walaupun persediaan selama seminggu telah dibuat.

Pelajar AF 2016, Riana mengakui kecewa apabila namanya disebut pada awal program sebagai pelajar tersingkir.

Dia menyifatkan penyingkiran pada awal konsert adalah tindakan ‘kejam’ kerana sudah banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk persembahan.

Bagaimanapun, dia menyifatkan penyingkirannya itu sebagai tiada rezeki untuk dia meneruskan perjalanan sebagai pelajar AF.

Sementara itu, Emy yang sebelum ini diserap masuk pada minggu ketiga selepas memenangi pertandingan JoHaRockstar mengakui ralat apabila namanya diumumkan sebagai antara pelajar tersingkir.

Dia mengakui undi yang diterimanya pasti agak rendah berbanding pelajar yang sedia ada kerana sudah mempunyai kelompok peminat sendiri.

Bagaimanapun, dia tidak menjadikan penyingkiran itu sebagai penamat kerjaya seni kerana ianya baru sahaja bermula. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akademi Fantasiatersingkir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyokong Jerman Sedih, Pulang Dengan Mimpi Ngeri

28/06/2018
0

BERLIN - Selepas nyanyian "selamat tinggal" terhenti, peminat Jerman terus bertindak balas terhadap keputusan aib juara bertahan, Jerman tersingkir pada...

Piala Dunia: Peru Pulang Bergaya Meskipun Tersingkir

27/06/2018
0

SOCHI, Russia - Rembatan kencang Andre Carrillo membenarkan Peru meraih gol sulung negara itu di Piala Dunia dalam tempoh 36...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd